1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, April 10, 2013

PEMERGIAN IBU MERTUA KE SISI ALLAH


Hari khamis, tanggal 4 April, jam 11.30 malam aku masih lagi di Taman Budaya JKKN terengganu, untuk sesi latihan teater kerongsang puziah. latihan tamat jam 11.15 malam, tapi aku mengambil masa lebih kurang setangah jam untuk "briefing" pelajar pelajar aku berkenaan dengan latihan yang baru selesai dan beberapa perkara melibatkan set dan props. 

Aku dapat call dari Incik suami, katanya.." cik dah tenat" itu aje dialog dari incik suami ( cik itu stand for mak). aku terus habiskan sesi malam tu dan terus meluru balik ke rumah mertua aku. sesampainya aku kat sana, adik beradik incik suami dah berkumpul, cuma ada beberapa orang aje lagi yang belum balik lagi.

Sempatlah incik suami mengadap ibunya yang tercinta untuk kali terakhir. untuk aku, ini kali pertama aku betul betul mengadap saat saat mak mertua di ambil nyawanya. sebak dadaku melihat mak mertua menghembuskan nafas terakhirnya. cik..ampunkan dosa dosa menantumu ini, mungkin ada tingkah ku yang tidak menyenangkan cik. tepat jam 12.45 pagi, hari jumaat cik pergi buat selamanya. wajah cik sangat tenang, mungkin sebab anak anak ada di saat cik menghabiskan sisa sisa hidupnya.  

Kesempatan yang sangat baik Allah berikan untuk incik suami, sebab ikut aku balik outstation di negeri sendiri, dan dia sempat mengadap ibunya buat yang akhir kali. nasib baik itu sentiasa ada. mungkin cik memang menunggu walid sebelum dia pergi. Alhamudulilah..allah sempatkan untuk walid.

cik...tenanglah disana..al-fatihah untuk mak mertua ku..amin...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya