1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, May 3, 2013

APABILA TERSUNGKUR = kau HARUS BANGUN!





Assalamualaikum untuk kawan-kawan yang aku sayang, moga jumaat yang berkat ini memberi kita hidayah dan ketenangan yang abadi. aku menarik nafas lega tanda syukur kerana masih diberi peluang berpijak dibumi yang indah ini. chee wahhh, nak berpuitis la plak aku ni. hihihi. op kos la kena berpuitis, sastera tu kan indah bila ditulis dan dibaca. kan?? ok, ada sesuatu yang aku nak sharing. tentang kisah seorang teman yang rapat, hampir berbelas tahun mengenali dia. cukup lama :). sebelum kisah ini aku tulis, aku meminta izin dari dia untuk meminjamkan kisahnya di blog aku, alhamdulilah..dia memberi keizinan. terima kasih yang tak terhingga kerana sudi berkongsi rasa ini. dari kami bujang, hinggalah masing-masing ada family yang sempurna. alhamdulilah, dengan izin dari ALLAH SWT hendaknya.

Semalam, aku cuba ungkaikan persoalan yang sering bermain di benak aku. masih tergantung ceritanya, tanpa kesudahan. tapi semalam, aku rasa masa yang sesuai untuk kita berbicara. bermula dengan bertanya khabar, dan di bukakan dengan permulaan yang menyakitkan. Terkedu sebentar, aku perlu megumpul kekuatan untuk memberi semangat agar kamu tidak tumbang dek kesilapan diri sendiri. Teman..tulisan aku ini tidak memihak kepada  sesiapa, pada kau pun tidak dan pada dia pun tidak. aku menulis hanya sekadar berkongsi rasa, emosi dan pandangan. walhal aku tidak layak untuk memberi hukum atau meletakkan kesalahan pada kalian berdua, kerana aku hanya lah orang luar dik.

Tulisan aku ni tidak mengaibkan kalian, tapi sekadar ingin menghangatkan rasa cinta yang semakin dingin. Teman..alam rumahtangga bukan lah satu dunia yang manis sebenarnya, kerana banyak yang pahit datang menyinggah kita. itulah lumrah sebuah perkahwinan. mahal harganya, tiada tolak bandingnya. manis dan pahit itulah rencah kehidupan, kita mengenali dia dari perkongsian hidup yang telah termaktub sahnya di sisi ALLAH. apabila hubungan itu halal disisNYA, maka turunlah sedikit demi sedikit dugaan dan cabaran untuk Allah uji, sejauh mana keimanan kita dan sejauh mana kita berpegang pada ajaranNYA. (untuk aku jugak).

Teman..langkahmu tersasar dari landasan kerana perhubungan lama semakin dingin. katamu, tiada lagi yang manis bersama dia, tiada lagi pujuk manjanya pada kamu, tiada lagi bicara romantis dia sebelum beradu. aduhai teman, kenapa sekarang, kau persoalkan hubungan lama? kau relakan orang luar menjengah masuk dan lantas, terus mengisi setiap inci kekosongan yang ada dalam jiwa. dik..itu tak boleh membuatkan jiwa kamu tenang dik malah makin parah, jangan kerana desakan hati, kita lebih percaya pada janji manis orang luar yang masih tak masak sifatnya. aku faham bicara kamu malam tadi. penuh dengan penyesalan, dan sekarang, hati kamu yang terseksa. dik. pandang ke bawah dan sujud di kakinya, itulah selayaknya kita sebagai isteri dan pandanglah ke atas, mintalah ampun padanya dan juga minta pada allah, supaya hatinya kembali lembut dan tenang. Kamu isteri yang sempurna di mata dan dihatinya dik, tapi kerana langkahmu sedikit terpesong, akhirnya membakar diri kamu sendiri. manusia itu tidak pernah ada yang sempurna, dan syaitan juga sentiasa berusaha untuk lumpuhkan hati kita.

Teman, jangan biarkan hati dia terseksa dek kerana silapnya, jangan biarkan cerita ini tanpa kesudahan. jangan gantungkan setiap masalah itu tanpa tiang yang kukuh. nasihat aku yang tak berapa nak bagus ni pada kalian : duduk bersemuka, hilangkan rasa gundah dan cemas dihati, letakkan rasa syukur kerana allah panjangkan jodoh kalian. pegang tangan perempuan yang kau nikahi itu, ingat janji yang termaktub di dalamnya. andainya silap dia mencemarkan maruahmu, bimbinglah la dia untuk mendekati ALLAH, andainya dia mengguris hatimu, ajarkan dia untuk berlembut dengan mu..andainya dia sudah tersasar jauh, pimpinlah tangannya untuk menuju ke kiblatmu. insyallah..allah perkenankan.

cukup untuk hari ni yer. insyallah aku sambung kisah ini pada next entry. terima kasih adik, kerana sudi berkongsi kisah kamu. akan ku hulurkan bahuku untuk hilangkan resah dan kesah di jiwamu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya