1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, May 2, 2013

BILA ANUGERAH DI DEPAN MATA.



 1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2. Kita akan merindui saat-saat 9 bulan 10 hari mengandungkan anak yang tersayang walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!

3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru setelah merasai sendiri kelelahan membesarkan seorang anak

5. Kita akan rasa jauh lebih sakit, jika anak kita jatuh sakit..

6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat 



7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh jika berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita rasa happy bila anak kita poo-poo! ;p

10. Kita akan lebih menghargai diri kita dan suami kerana telah kehidupan berumah tangga telah lengkap dengan kehadiran anak

11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12. Kita akan menjadi photographer serba boleh apabila setiap detik aksi-aksi terbaru sang anak akan dirakamkan.

13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14. Kita akan mula mencari resepi-resepi baru untuk dijadikan menu apabila si anak menjangkau usia 6 bulan.

15. Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat menyukainya.


17. apabila kita melihat ada ibu bapa lain sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan lebih memahami situasi mereka.

18. kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!


19. kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenagkan anak kita yang sedang menangis.


20. buat mereka yang surf internet, mereka akan mencari online store yang menjual pelbagai barang-barang bayi dengan harga berpatutan dan mereka yang sukakan shopping di luar akan sentiasa mencari maklumat mengenai Mom&, baby fair.


21.kita akan merasai betapa nikmatnya menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak di rumah pada hari minggu.


22. kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.


23. kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyanyangi anak kita yang pada mulanya kita agak kaku.


24. kita akan berkira-kira untuk menambah cahaya mata setelah anak kita semakin meningkat usianya walaupun disaat melahirkan pelbagai ayat yang terbit dari mulut. contohnya : sakitttttttttttttttttt..tapi anak itulah rezeki.


25. setiap hari bersama dengan anak 


adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan



ehsan dari blog kak umi

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya