1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, May 14, 2013

kaSIH MAK SAMPAI KE SYURGA

umrah bersama mak tersayang

aku tau, mak tak akan baca blog aku ni, mak tak akan tau apa yang aku merepek dalam blog aku ni. tapi mak aku tau bila mana aku sedih, bila mana aku gembira. itulah hebatnya wanita yang bergelar MAK.

Mak...
tiada perkataan yang mampu aku balas untuk segala jasa dan pengorbanan mak dalam mendidik aku menjadi seperti hari ini.

Mak..
ada, satu tika dulu, aku pernah lukakan hati mak, dek kerana kasih ku pada yang lain. mak menangis, dalam sendu mak bersuara...oh..sakitnya hanya allah saje yang tahu. bila mana hati ibu terluka, maka hilangkan segala zat dimuka bumi allah ini. kupohon ampun mak. 

Mak..
ampunkan segala dosa anak kecilmu ini mak. sekarang aku sudah duduk di kerusi mu mak. cuma gelaran saje yang membezakan. Baru aku tahu segala perasaan yang terbuku di hati mak. 

Mak...
sekarang kita boleh bersembang tentang macam macam perkara kan mak. bahagianya aku bila mana kami balik jumpa mak, mak akan tersenyum puas. terima kasih mak, atas kasih dan doa yang tak pernah putus buat anak kecilmu ini.

Mak..
aku sayang mak sampai bila-bila, tiada akhirnya. Moga mak sentiasa diberi kesihatan yang baik. Selamat hari ibu untuk Mak.

2 comments:

  1. kasihnya abadi Jaa...kita akan rasa dekat bila setiap kali ingat dan sebut...dia datang. Nih...acu lawat blog saya ni www.ladabenar.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. yup..dia sentiasa dekat. saya dah visit blog baru tu.silent reader.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya