1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, May 17, 2013

SELAMAT HARI GURU

gambar ihsan dari pak google

Selamat Hari Guru untuk semua cikgu-cikgu yang hebat. anda memang hebat cikgu, sebab ramai manusia manusia bijak pandai lahir dan dididik oleh insan yang bernama CIKGU.

Bila tiba je hari guru tiap-tiap tahun, teringat pulak kisah-kisah nakal masa kat sekolah.hmmm..kalau nak di tulis berjela-jela rasanya. KSS..kenangan kita dengan cikgu banyak sangat kan, dulu kita jadi anak kecil yang nakal, anak kecil yang sentiasa mengharapkan perhatian cikgu, anak kecil yang rasa ingin tahu. rindunya saat saat dulu. hmmm..masa lalu tak akan kembali, hanya kenangan yang dapat kita ungkaikan. kss..kenangan dengan ustaz din adalah kenangan yang banyak mengajar kita kan. ustaz din..pasti ustaz bangga dengan kami sekarang. alhamdulilah ustaz, kami semua dah buktikan yang kami boleh berjaya. ustaz..rindunya kami nak jumpa ustaz..moga satu hari nanti allah temukan ustaz dan kss.

kesempatan ini aku rakamkan terima kasih pada semua cikgu-cikgu dan pensyarah-pensayarah yang tak pernah jemu berkongsi ilmu akademik dan ilmu hidup. moga jasa dan pengorbanan kalian, dibalas dengan sejuta rahmat dari ilahi. saya doakan kesejahteraan cikgu-cikgu sekalian. 

"GURU BUKAN HANYA DI DALAM KELAS"

2 comments:

  1. happy teacher day my bff. lets celebrate ur day!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya