1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, June 17, 2013

ASIAH SAMIAH


Asiah samiah

Sudah berapa aku tertangguh untuk menulis tentang asiah samiah. Mencari masa ruang yang selesa bagi memberi pandangan peribadi tentang asiah samiah. 

Aku di tugaskan untuk menyelia satu projek dalam PeTA 2013. bILA sudah namanya penyelia, maka tugasnye adalah memantau dan menyelia setiap tugasan pelajar-pelajar aku. ok, aku bukan nak becerita perihal mereka, tapi aku ingin berkongsi dan memberi satu view, bagaimana dan sejauhmana anak-anak muda ini mengangkat naskah hebat dato Johan Jaaffar ke pentas final. 

Alhamdulilah, 4 jun 2013 Asiah Samiah berjaya di pentaskan tetapi masih belum berjaya di hati penonton. kenapa? mari kita ungkaikan. bagi readers yang belum tahu, naskah asiah samiah, biar aku ceritakan serba sedikit perjalanan dan kisah naskah ini secara ringkas yer.

Sinopsis

Asiah Samiah mengisahkan tentang kehidupan asiah samiah yang dipaksa berkahwin dengan misa sigaraga atas ketamakan keluarga yang materialistik. Pada masa yang sama, Asiah samiah telah pun mempunyai pilihan hatinya sendiri iaitu Anas samanda. Anas Samanda tidak mempunyai harta seperti  yang diharapkan oleh Tuan Setiawan Tanjung dan juga Puan Suari Alimin.

Namun begitu Asiah samiah tetap mengharapkan agar ibunya bapanya menerima pilihan hatinya yang telah hilang entah kemana akibat gagal memperjuangkan haknya. tetapi sebagai seorang anak, asiah samiah terpaksa menuruti kehendak kedua orang tuanya dan berkahwin dengan Misa sigaraga. hasil perkahwinan tersebut asiah samiah telah dikurniakan seorang anak yang bernama Laila Annurisyah, malangnya Asiah samiah mengalami tekanan perasaan akibat keperitan hidup yang dilaluinya. Asiah samiah telah meninggalkan Laila Anurisyah dengan suaminya. sepanjang peninggalannya, laila dijaga oleh Pak leh lak lak dan siti bunirah sehinggalah dewasa. Akhirnya Asiah samiah meninggal dunia tetapi kenangan asiah samiah tidak dapat dilupakan oleh marga.

Itulah serba ringkas cerita ASiah samiah yang dikarang indah oleh Datuk Johan Jaaffar ( kalau untuk penulisan, beliau senang di panggil JJ atau johan jaaffar). aku sambung persoalan yang tergantung di awal tulisan aku.

kenapa persembahan asiah samiah belum berjaya di hati penonton? aku letakkan diri aku sebagai penonton yang membaca naskah JJ dan bukanya sebagai penyelia. 

Permulaan cerita Asiah Samiah yang ditangani oleh pengarah muda iaitu shahmizan idris memberi satu impres yang sangat baik pada aku, kerana, pelajar ini telah meletakkan satu metafora yang sangat jelas pada naskah JJ adalah kerana Pentas Asiah samiah dibuka dengan penuh warna dan perlambangan. pengarah memberikan satu rasa pada penonton dengan alunan dan gerak zapin yang dimainkan dengan cukup harmOnis oleh barisan pemuzik  ASWARA. Tahniah.

Apabila kisah bermula, dialog di lafaz oleh mARGA Tua yang didokong oleh Abdul Hanif pelajar tahun akhir, aku kira lontaran nya sangat lemah, intonasinya seperti membaca. Di mana silap hanif dalam membuka gelanggangnya? aku masih mendengar setiap butir katanya tapi aku tidak dapat memahami jiwa marga tua yang mengagumi asiah samiah, marga tua yang punya daya juang dan semangat yang tinggi, hilang!! sayang sungguh, 10 minit pertama penonton sudah mula gelisah dengan marga tua yang menceceh begitu panjang tanpa meninggalkan sedikit rasa keperitannya pada mereka.

Mood aku swich off sekejap,hihi,tapi aku mesti menonton hingga ke hujung cerita! 

Pengarah muda ini cuba membuka dan membongkah asiah samiah ini dengan watak-watak yang diberi perlambangan  oleh penulis naskah sendiri. watak-watak di hidupkan dengan baik dan bernyawa, kerana apa? kerana..ada beberapa watak yang memberi interpretasi yang baik dan  juga pemahaman yang jelas pada watak yang dibawa. Apa yang aku lihat secara keseluruhan pada pelakon yang dinilai dalam asiah samiah ialah, mereka tidak mencari kematangan di sebalik watak yang dicipta oleh penulis. watak marga yang dibawa abdul hanif sangat hambar pada monolognya yang panjang. Kedengaran suaranya yang sangat menjauh, mungkin lontaran vokal tidak digunakan dengan baik. dari segi penyebutan, hanif seperti membaca kerana dia tidak memberi rasa pada apa yang di lafazkan. pada aku dia sangat gementar ataupun dia over excited malam itu. sebab pada pra tonton yang terakhir, lakonan hanif sebagai marga tua sangat memberi kesan dengan memperlihatkan kesengsaraan jiwanya dalam mempertahankan kasihnya untuk asiah samiah tapi malam persembahan akhir hanif seperti hilang taringnya! kalau hanif ada terbaca blog saya, teruskan perjuangan anda dalam lakonan, anda berbakat tetapi kadang-kadang kita perlu simpan sedikit rasa gementar itu pada malam persembahan. keep up hanif, moga maju jaya di luar sana. TETAPI... nyanyian anda malam itu menyentuh hati saya, kerana saya membayangkan " sang putera sedang menenangkan gadis yang sangat dicintainya, walaupun jiwanya perit menderita". Alunan suara yang sangat gemersik cuma sedikit kurang dan perlu di tambah dengan rencah yang lazat dalam ertinya, memberi warna dalam emosi.

adusss..Naskah yang sangat berat, penuh dengan falsafah dan juga perlambangan yang boleh mencetus pelbagai rasa, emosi, tafsiran. owh JJ..

Kau bikin sikit budak tu. Bagi cantik. Nampak kampungan sangat. Kurang exposure. Suruh Miss langgan carikan Fashion consultant. Pakaikan dia dengan jenama terbaik. Carikan pakaian Chole  atau Massioni, Atau Givenchy, Ralph Lauren, atau Cerruti….-MISA SIGARAGA


Satu-satu tuan, pening lalat saya tuan, tak usah nak mengeja, menyebutnya pun saya tak tau ! terencat otak saya tuan. -PENGIKUT MISA SIGARAGA.

Itu adalah antara dialog dalam asiah samiah. tulisan JJ cukup memberi sindiran yang sangat tepat kepada orang melayu pada waktu itu. aku jatuh cinta pada naskah ini setelah berulang kali aku menelaah.hahahah..sakit jugak otak eden ni nak mikir subteks dan firasat yang dalam kepala datuk JJ NI. namun bila diselongkar dengan teliti, i feel and smell sesuatu. jeng..jenggg..heyyy jaa..lari topik la. ok..ok...!!! to be continue..

Hurm..PENERAJU UTAMA a.k.a ASIAH SAMIAH. BERCAKAP tentang Asiah samiah, boleh bikin bulu roma aku meremang tau. ASiah bukan saja cantik rupa paras tapi juga cantik pada akalnya dan semangatnya. Asiah ibarat nadi untuk Marga dan anas samanda, dan asiah juga penyambung delegasi misa sigaraga. ouch..betapa hebatnya watak asiah samiah yang dilakar oleh JJ. watak asiah di dokong oleh norashikin. 

" susah watak ni, tak mampu saya bawa". itu ayat pertama yang dia berikan pada  saya awal produksi. itu bukan ayat asiah samiah, tapi itu ayat norashikin! sebelum berperang, anda sudah mengaku kalah. aku teringat, satu dialog medea pada kawan-kawan wanitanya " aku sanggup berdiri di hadapan medan perang, daripada melahirkan seorang anak" 

come on shikin!!! kata-kata semangat itu untuk dia. itu adalah catatan journal shikin. komentar aku pada malam final : norashikin belum sedia untuk berjuang! shikin belum sedia untuk digauli oleh misa sigaraga. kerana?? kerana shikin tidak mencari kehendak dan keinginan asiah samiah. shikin tidak memahami apa itu perjuangan TUN FATIMAH. Apa yang saya amati pada malam itu, shikin sangat ditengelami dengan emosi sedih tanpa warna, tanpa semangat. itu yang hilang! selain daripada itu juga, lontaran vokal shikin pada malam itu agak kelam. mungkin terbawa-bawa gementar marga tua agaknya. permainan watak kurang bergerak dengan dinamik kerana shikin tidak meletakkan graf dalam lakonannya, itu adalah amatan peribadi saya. saya nampak dia berusaha untuk mencapai keinginan asiah samiah tapi oleh kerana, shikin tidak memahami makna pengorbanan dan perjuangan, watak asiah samiah kelihatan kosong dan tidak bermaya. TETAPI ada bahagian yang menarik saya untuk terus memerhati anda, bahagian anda merintih pada marga tua. emosi yang dipamerkan jelas dan memberi rasa namun anda tidak sustaine dengan rasa itu!! ish..nak marah ni!!  

kata nak view je kan, tapi dah menceceh pulak..sorry..

Saya memberi tabik spring pada tuan pengarah kerana berani membongkah naskah ini walaupun tuan pengarah masih mencari dan tercari  makna subteks dalam asiah samiah. sebenarnya bukan perkara yang mudah dalam mengerjakan naskah ini, kerana anda perlu memikirkan politik, sosial, jiwa, dan kegilaan penulis itu sendiri. view saya pada keseluruhan drama ini ialah, tuan pengarah berjaya mengambarkan visual dan menyusun posisi keluar masuk pelakon, membentuk satu  ensemble yang menarik dan tuan pengarah juga telah cuba menghidupkan kemelayuan dalam  asiah samiah tetapi tuan pengarah tidak dapat mengangkat sepenuhnya pemikiran melayu itu dalam naskah. Dalam pada itu juga, tuan pengarah perlu meneliti naskah ini dengan lebih matang lagi, bukan senang untuk mencari kesempurnaan dalam naskah. kerana jiwa penulis sewaktu menulis asiah samiah penuh dengan gelodak dan ketidakpuasan dalam sesebuah organisasi. sebenarnya rasa itu yang tuan pengarah tidak serapkan pada pelakon-pelakon asiah samiah. pembinaan wataknya tidak begitu kemas dan tidak dijalin dengan rapi, itu yang kurang dalam pementasan ASIAH SAMIAH. TAHNIAH UNTUK ANDA semua kerana berjaya menyelesaikan projek akhir dengan lancar. alhamdulilah.

sEmoga anda semua terus suksess dalam bidang yang anda pilih.

SEKIan sahaja.ini sekadar catatan peribadi saya. mungkin pandangan anda berbeza dengan saya, mungkin. saya mohon maaf andai ada kata yang tersinggung yer. 

saya tinggalkan anda semua dengan petikan dialog asiah samiah.

"Abang juga yang menyedarkan saya tentang kuasa dan wibawa seorang wanita. Abang mematangkan saya dengan cerita-cerita itu. Malah abang selalu mengatakan bahawa saya terlalu lambat untuk menjenguk kedewasaan. Kadang-kadang abang memarahi saya kerana saya masih kecil dalam pakaian kegadisan saya. Sebenarnya abang Anas mencemburui abang., Dia selalu mengatakan saya harus memilih antara dua jejaka dari Verona. Bagaimana saya harus membuat keputusan sama harus mengahwini Romeo atau Paris yang terlalu muda itu. Abang istimewa dan abang tau itu. Tetapi saya mengasihi abang Anas dan abang pasti tau itu"












4 comments:

  1. salam sis...pd Bedah,pemerhatian sis pd naskah dan keseluruhan cerita sangat jelas dan teliti...memang apa yg saya rasa,diterjemahkan sama seperti difikiran..segala rasa ada dalam naskah itu...percubaan yg menarik saya kira oleh para pelajar diploma ini...yg bestnya gambar Bedah Gebu ada jugak hokeyhhh...!!!likeeeeeee.....!!!!!!
    jom la singgah blog Bedah Gebu pula yer...
    http://musicakustiqa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. saya masih mencari apa yang tersirat dalam asiah samiah

    ReplyDelete
  3. salam,, ada tak rakaman drama asiah samiah?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya