1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, June 13, 2013

bERAPA JAM ANAK ANDA TIDUR??


Salam semua. nampak kan chart kat atas tu. so?? adakah anak anda follow d chart? hihi..anak saya??? ouchhh..kadang-kadang ya, kadang-kadang tidak. 

Kebiasannya si zara kalau hujung minggu kami hanya di rumah. zara akan tidur lewat petang, lebih kurang jam 3 petang dan tidurnya sangat lama. kalau saya kejutkan time maghrib, moodie sungguh dia. bangunkan dia waktu maghrib  untuk mandikan dia. selalunya meraung la dalam bilik air tu sebab kejutkan dia dari lena. hahahahaha. nasib la anak. 

Si zara ni kalau siang dia tidur lama, awal pagi dia akan bangun awal, sekitar jam 3 pagi. tapi kalau dia tidur lewat dan sangat letih, jam 6 pagi baru bangun. TETAP BANGUN PAGI KAN. Moga-moga anak mummy ni sentiasa ler bangun yer anak. rezeki tu. 

info dari sumber yang boleh dipercaya : 

tiada siapa yang tahu jawapan sebenarnya tetapi terdapat teori yang mengatakan bahawa tidur dapat memberikan badan peluang untuk membaiki otot dan tisu, melambatkan penuaan serta menggantikan sel yang mati. Selain itu, tidur juga memberikan otak peluang untuk menyusun dan menyimpan ingatan.
 
Mimpi merupakan sebahagian daripada prosesnya. Tidur juga merendahkan penggunaan tenaga, jadi kita hanya perlu makan tiga kali sehari berbanding empat atau lima. 

Menurut ScienceNews Online, kucing yang tidak tidur akan mengeluarkan lebih banyak adenosin(sejenis bahan kimia yang memainkan peranan penting dalam proses biokomia badan terutama dalam pemindahan tenaga). Tidur adalah satu cara mengecas semula otak menggunakan adenosin sebagai isyarat bahawa otak perlu berehat. 

Apabila rembesan adenosin mempengaruhi aktiviti otak, peningkatan kepekatan bahan kimia ini akan membakar simpanan tenaga dan perlu direhatkan buat sementara waktu. Biasanya, paras adenosin dalam otak meningkat semasa sedar dan menurun ketika tidur. Dengan tidur lena pada malam hari, kita akan berasa segar dan bersedia untuk hari baru. 

sudah kah anda percaya yang tidur itu sangat penting!! mulai hari ini, cukupkan berapa jam anda perlu tidur dalam sehari, walaupun sibuk mana pun anda dan tugas harian, kita perlu curi sedikit masa untuk rehatkan diri kita. boleh???? fikirkan lah!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya