1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, June 7, 2013

CERITA DI PAGI JUMAAT

Salam pagi jumaat yang mulia. semoga kita sentiasa di beri keberkatan ilahi hendaknya. sungguh tenang perjalanan pagi jumaat ni, maklumlah masih ramai warga kota yang masih di kampung, menghabiskan cuti sekolah yang masih berbaki dua hari ni. tapi aku tak cuti lagi, perlu menghabiskan tugas-tugas penilaian tahun akhir diploma dan ijazah teater. eh..aku bukan nak story pasal cuti!! yang itu, kemudian yer! 

Aku nak citer pasal IBU. TAK KISAHlah ibu kandung ker, ibu mertua ke, ibu tiri ke, TAPI INSAN ITU sangat istimewa. kenapa mereka ISTIMEWA??? jawapan aku, kerana mereka la insan yang mengendong kita 9 bulan 10 hari, menahan kesakitan sewaktu melahirkan kita, menjaga kita bagai menantang minyak yang penuh, menjaga kita waktu kita masih kecil hingga kita membesar dengan sempurna. itulah dia insan yang istimewa. tetapi..apa bezanya ibu kandung dengan ibu tiri, ibu angkat dan ibu mertua!! jawapan aku, satu aje, mereka mungkin tak melahirkan kita, itu saje!! tapi pertalian kasih sayang dalam diri mereka sangat kuat dan tak pernah goyah walaupun mereka tak pernah merasa melahirkan manusia dari rahimya tapi ibu-ibu ini sarat dengan kasih sayang. cinta mereka sangat tinggi pada anak-anak..tapi adakah anak-anak ini rasa kasih itu dalam jiwa mereka???

Hurm..agak emosi bila sebut pasal ibu ni. Hurm..aku selalu berwhats app dengan insan yang boleh aku panggil kakak la. kami selalu berkongsi macam macam cerita. ada saje cerita sedih, happy, geram dan macam2 la yang kami bualkan, tapi ada satu cerita yang sering buat aku rasa geram dan sakit hati. hurmm..mungkin agak peribadi tapi aku sekadar untuk berkongsi rasa ini. 

"mom" dia seorang ibu yang hebat bagi aku, mendidik anak-anak tanpa meletakkan sebarang syarat atau had atau apa pun. walaupun anak-anak itu bukan dari darah daginngya tapi itu bukan alasan untuk dia terus mencintai mereka. dia siapkan semuanya untuk anak-anak tanpa kenal erti lelah, tanpa kenal erti jemu walaupun banyak luka dalam hatinya tapi dia tolak semua lara itu demi melihat anak-anak tersenyum puas, tapi adakah anak-anak hargai dia?? hurmmm..allah itu maha penyanyang lagi pengasih, anugerah yang tak ternilai allah kurniakan untuknya, lahir dari rahimnya, dan anak itulah penawar segala duka laranya selama ini. 

Sedikit perkongsian untuk aku dan semua rakan-rakan blogger supaya kita sentiasa hargai ibu. kakak...kakak seorang ibu yang hebat!! saya bangga! xoxo.

Engku Selamah bt Engku muda  SEORANG IBU YANG HEBAT DAN TAKDA SAPE PUN YANG BOLEH GANTI TEMPAT MAK. sayang mak sangat sangat.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya