1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Sunday, June 9, 2013

JAB TAK HAI JAAN - SUNGGUH INDAH



Hujung minggu aku decide untuk kemas rumah+lepak kat rumah dan mahu menonton JAB TAK HAI JAAN (selagi nyawa dikandung badan) kat astro best.

bila dah subcribe, apa lagi layan la sampai berulang kali. sampai lebam!! sampai mengalir la air mata ni. aduhaii mejar samar anand. aku tak leh lupa ayat dia pada arika. arika tanya mejar samar sebelum arika habis shooting untuk rancangan discovery channel. katanya " life kills u everyday but a bomb will kill u just once!!. ouchhh..sungguh menikam dan memberi rasa sangat pada kata kata itu. sebab itulah lumrah kehidupan kan.

Kepercayaan Meera lakonan katrina kaif pada takdir dan doa sangat tinggi hingga sanggup mengorbankan cinta sejati. pada meera, dia tak mahu sebarang kecelakaan yang jadi lagi pada samar kerana janji dan sumpahnya pada tuhan. lakonan katrina tampak hebat di samping SHAH RUKH KHAN mampu meleburkan rasa dan membuatkan aku tak berganjak pun. 

watak akira: aku suka gaya spontanya dan membuatkan jiwa aku ni naik turun, walaupun dia pendatang baru dalam filem. sikapnya yang gile dan lontaran puch line yang sangat  tepat memperlihatkan warna dalam lakonannya.

Watak Mejar samar anand lakonan tak perlu la nak cakap lagi kan. ouchhh.bikin fall in love tau. hahahaha.

Antara filem filem Yash Chopra yang aku nonton, ini antara yang paling awesome jugak! filem terakhir beliau memberi satu impak yang sangat besar, kerana beliau seperti tahu akan pergi jauh. oh..itu juga takdir yang semua orang perlu hadap.

Apa lagi ek, aku nak share tentang filem hebat ni. aku rasa korang pun mesti dah tengok, aku je yang baru berkesempatan.hahaha. apa apa pun..filem hindustan..penuh dengan konflik dan airmata! adakala tak sama apa yang jadi dengan realiti kan?? fikirkan lah. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya