1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, June 7, 2013

MENARIKNYA CERITA DONGENG


Aku membesar dengan cerita-cerita dongeng, Sebab ayah yang selalu belikan aku buku cerita pasal cerita-cerita dongeng ni dan sampai lah ke besar..aku pulak yang beli untuk diri sendiri dan anak. cerita-cerita dongeng ni merupakan sebahagian dari warisan sastera kanak-kanak tapi masih menjadi tatapan generasi dewasa, bukan apa, cerita- cerita macam ni menarik kerana penulis memperlihatkan hukum karma iaitu, yang jahat akan dihukum dan yang baik akan di beri ganjaran. itulah lumrah kehidupan. sebenarnya membaca atau bercerita pada anak-anak cerita dongeng ni bagus, kerana minda mereka akan berfikir dengan imaginasi yang kreatif dan masa tulah perlbagai soalan yang akan dia tanya. ini sangat bagus untuk perkembangan minda mereka. aku tau pun, dari sumber dan pakar kanak-kanak( melalui pembacaan artikel juga). so janganlah kedekut untuk belikan diri sendiri buku dan juga untuk anak-anak. 

Dalam buku ni, cerita dari pelbagai negara ada, antaranya: perancis, itali, scotland. ireland dan norway. dapatlah kita mempeluaskan bacaan kita. selain daripada meneroka cerita-cerita dongeng tempatan, sambil-sambil tu kita singgah juga ke negara lain, baru best kan. JOM..MARI MEMBACA.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya