1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, June 24, 2013

NO OUTDOOR ACTIVITIES


sUBHAnallah..sangat teruk jerebu di sekitar pandan indah ni. kat sini dah teruk, kah johor lagi lah kan. kerajaan dah istihar darurat dah. ya allah..kau berikanlah kesihatan yang baik-baik pada mereka semua.

aku snap pic ni sekitar tengah hari, bukak pintu sekejap sebab nak jemur kain. rasa dah macam kat genting jek. kabur tapi hangittttttttttttttttttt..bau asap..busuk dan udara yang sangat tidak bagus. pintu balkoni dan tingkap memang aku tutup rapat-rapat. bahaya cuaca macam ni.  moga-moga kerajaan dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.


Bila sudah berkurung, bukan bermakna goyang kaki sambil menonton yer. banyak keje boleh dibuat sambil menonton, seperti MAKAN. hey..baru lepas lunch kan...hihihi..mulut ni terasa nak makan cokelat je. so mamam la sikit, nasib baik zara tido, kalau tak cokelat ni HAK MILIK MUTLAK DIA. no sharing ngn mummy. hihihi. menikmati boost cadburry sambil layan buletin 1.30 TV3. 

LEPAS mamam cokelat..ayuh kerjakan apa yg patut :

. lipat baju zara satu bakul besar.
. kemas wordrobe kecil zara.
. basuh baju zara satu bakul.
. lipat baju mummy dan walid.
.kemas bilik belakang then cuci bilik air.
. then UPDATE BLOG sambil layan tv ler.

banyak tak keje aku??? biasa je kan. baru anak sorang, tapi bertimbun jugak. so weekend adalah masa yang sesuai untuk melangsaikan semua. siapa bilang sabtu ahad cuti. untuk yang bekerja di pejabat, yer memang cuti, tapi untuk para isteri tiada istilah cuti yer. non stop. full time. sebab tu aku sangat tabik spring dengan HOUSEWIVES!!! mereka mereka ini sangat cekal dan semangat dan juga mempunyai kesabaran yang sangat tinggi, sebab mereka mereka ini bekerja tanpa henti tau. aku bukan merungut tau, sekadar memberitahu seyja rutin para para isteri.


haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..INI LA HABUANnya bila sudah siap mengemas. minum petangku. no sugar for tea..panas..sungguh menyenangkan..aummm.


aku layan ini !!!!!! dari jam 2 sampai 6.30 petang !!!!!


The Avengers Captain America !!


The Avengers!!!!

2 comments:

  1. sedap grilled sosej. eh grilled kan ija? how zara? whole day duk rumah. shasha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sha, zara tido!!!! sb malam tu dia berjaga! hahaha.teman walid Qiyam agaknya.

      Delete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya