1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, June 13, 2013

TIGA PERKATAAN


Ibu mana yang tak gembira melihat perkembangan anaknya semakin hari semakin petah. Aku pun nak share pengalaman indah dan detik detik yang sangat berharga dengan mama, mummy dan ibu di luar sana.

Perkataan pertama yang buatkan hati aku cam nak nangis ialah masa zara panggil aku "mi"..ouchh..awesome!! (over la pulak) tapi betul tau, rasa macam tak percaya pun ada, tapi bila cubit pipi, sakit pulak rasanya! means, aku tak bermimpi ler!!

So sekarang ni dah 3 tahun usia zara. bukan satu patah dah, berpatah-patah perkataan yang keluar dari dari mulut dia. "eiiii geyammmmmm kat mummy ni "..hahaha..itu antara dialog zara kalau aku mula bebel kan pasal barang-barang dia bersepah. tapi sekarang ni, kalau di minta kemaskan barang, dia akan kemas tapi jangan mintak dia buat perkara yang sama dua kali, bo layan la..hahahah.

Actually banyak perkara yang si kecil akan belajar dari 3 perkataan tu:

PLEASE
sekarang..bila mummy kata, please..dia akan tolong mummy walaupun mulut dia akan jap ye mi. sebab bila sedang khusuk menonton atau tengah menconteng colouring book dia, dia akan selesaikan dulu tugasan dia, baru dia akan tolong kita.hahaha..nasib la.. tapi at least dia sudah faham makna please tu.

THANK YOU

perkataan itu..alhamdulilah..selalu dia ucap bila aku bagi dia barang ke, makanan ke atau apa sahaja. 

SORRY
aku sangat suprise sebenarnya bila satu hari, aku terdengar perkataan ni dari mulut dia. pada mula kami bergurau, lepas tu dia geram agaknya kat aku sebab aku asyik menyakat dia, then dia amek tukul spanch dia, then dia pukul aku, lepas tu aku pura-pura la nangis, then dia datang kat aku then say " orry mi..alam" dia hulurkan salam dia pada aku. ouchh..so sweet sayang. terus aku hug dia!!!

seronokkan kalau anak kita dah dapat berborak dengan kita, walaupun kadang-kadang aku tak berapa nak faham sangat bahasa si zara ni. pelat lagi. tapi takpa anak.. teruskan perceritaanmu..mummy sentiasa menjadi pendengar yang setia. i love u zara.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya