1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, July 9, 2013

AL-HAFIZ MURSI


Aku jadi sebak bila membaca biografi pemimpin islam mesir ini. Beliau digulingkan oleh tentera mesir bila genap setahun pemerintannya. adakah dalam setahun beliau mampu untuk mengubah semua sistem pentadbiran? 

Ini pandangan peribadi aku bila membaca tentang beliau. walaupun aku bukannya arif dalam soal ini tapi bila membaca artikel dan berita tentang pergolakan yang berlaku di benua sana, aku ada pendapat peribadi yang aku kira logik la.

Beliau di guling kerana beliau cuba membuka mata masyarakat mesir yang mereka tidak perlu lagi bergantung dengan AMERIKA, kerana beliau cuba untuk menyediakan secara perlahan-lahan insfrastruktur dan juga mengurangkan isu pengangguran. Tetapi masyrakat mesir sendiri inginkan kemajuan sepantas kilat seperti AMERIKA, mana mungkin dalam setahun beliau sediakan semuanya. TETAPI BELIAU JANJI AKAN LAKSANAKAN dengan beransur-ansur. itu janji beliau! beliau perlukan beberapa tahun untuk menyelesaikan banyak perkara di mesir, bukan setahun!! isu itu yang saya bualkan dengan teman ( azura mohammad) yang bertugas benua sana. 

Beliau menangis dan berteleku di atas sejadah, memohon dari ALLAH moga dipermudahkan segala urusan untuk menyelamatkan mesir dari kroni-kroni Amerika, tapi pertahanan beliau goyah kerana kuasa tentera mesir ibarat raksasa yang rakus! Ya allah..kasihani la beliau..berikan beliau kekuatan ya allah. walaupun aku tidak pernah jejak ke sana tapi gambaran tentang benua itu sentiasa bermain di mata aku.

Dek kerana beliau telah membina kilang senjata tanpa perlu mengimport dari AMERIKA LAGI, dek kerana beliau telah membina kilang samsung dan memberi harga yang sangat berpatutan pada masyarakat pelajar dan juga ingin membuka pintu gaza bagi menyelamatkan umat islam dari cengkaman ZIONIS yang zalim itu, beliau ditumbangkan dengan cara yang sangat tragis. arghh..menyakitkan jiwa aku bila membaca tentang AMERIKA DAN ZIONIS!!! bangsa yahudi yang tidak pernah membenarkan islam terus berkembang. MURSI..Allah sentiasa ada bersama kamu, itu pasti! ISLAM akan terus utuh dan kukuh di bumi ALLAH ini.

anda semua boleh baca di mana mana blog dan juga artikel berkenaan beliau. Aku tidak arif untuk mengulas yang selebihnya. ini hanya sekadar pandangan peribadi sahaja.

aku sebak bila membaca kata-kata isteri beliau 
" beliau menangis di bilik solat. habis lenjun badan beliau dilimpahi airmata kerana bimbangkan penduduk mesir"

HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI. KITA DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya