1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, July 9, 2013

BILA ANAK MERAGAM


Bila si kecil meragam inginkan sesuatu jangan terpedaya, kerana itu adalah LAKONAN SEMATA-MATA. hihihi..betulkan?? anda tak percaya atau anda menafikan?

aku tak nafikan rengekan anak kecil aku yang kat atas ni. dia sedang merengek minta aku belikan aiskrim masa walidnya stop kat petro station. aku bukan tak nak belikan zara aiskrim, tapi kondisi waktu itu kurang sesuai, kerana, badannya tak berapa sihat sangat, cuaca yang sangat panas. bukannya apa, kalau dia makan jugak bila keadaan macam ni, dia akan jatuh sakit. itu yang aku tak bagi dia makan. memang la aku kesian bila dia mula merengek minta aku belikan tapi hati aku ni berkeras jugak demi kesihatan dia. 

puas dipujuk

mummy : zara sayang, hari ni zara tak boleh makan aiskrim, sebab badan zara tak sihat. nanti bila zara makan, zara sakit. zara tak kesian ke kat mummy, nanti mummy susah hati tau kalau zara sakit.

zara : anti rara akan ubat.

mummy : zara, mummy tau nanti rara makan ubat. tapi untuk hari ni tak boleh ok. kalau zara dah sihat, mummy belikan yer sayang.

zara : ok mi.

Fuhhh..berjaya! nasib baik. mood dia agak baik la walaupun merengek. sebenarnya tak susah sangat pun nak pujuk zara ni. cakap dan terangkan dengan perlahan dan tenang pasti dia terima.

Moralnya : tenangkan dia dan cuba jelaskan dengan perlahan supaya dia dapat terima dengan baik. bila berjaya pujukan itu, berikan dia pujian, pasti dia gembira  kan. itulah ragam si kecil ku. satu pelukan boleh buatkan jiwa dia tenang. 

4 comments:

  1. Kalau uncle ada, Uncle belikan jea ice cream tu untuk zara..hahahaha

    ReplyDelete
  2. haaaa....tulahh....sapa suh awan dengan mummy...
    rara, jom awan dengan akak iti, konpem kita makan eskremm anyak2...!
    hihihiiiii........

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishh yang ni lagi sorang,boleh muntah kalau dia makan aiskrim kalau badan tak sihat tau.hihihi. ini mengundang

      Delete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya