1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, July 2, 2013

MEMBUAI RASA DI KONSERT SANG PENCINTA - DATO SIFU M.NASIR



 Yehaaaaa...jangan jeless kss ma. 
my other half dah tengok masa first day lagi, kami pergi asing asing maklumlah zara tak boleh masuk panggung.


aku dating ngan cik kem malam menonton konsert sang pencinta. best gile tengok konsert ngan cik kem..hahahah, sebab dia sporting then yang penting energy menonton dia sangat tinggi ok. kalau nak tahu lebih lanjut pasal konsert dato sifu, sila ke laman cik kem CHE KEM yer. penceritaannye tentang dunia dan perjalanan muzik itu sangat tepat. jangan lupa tau bloggers!

gambar ini ku petik di sahabat gua.

adusss..terbuai di alam yang sangat indah bila dendangan lagu-lagu ciptaan beliau berkumandang di ruang Istana budaya. gemersik suaranya, pergghh..bikin gua lemas dek kenangan. hahaha..tak nak tulis panjang-panjang la..nanti terpesong pulak dengan seretan kenangan lama. masa zaman sekolah menengah la ( tulis lagu kat kertas then letak bedak, kasi wangi!!!!! lagu srikandi cintaku!!! hahahahaha. ingat kan.hahah) 

ok..go the topic ok. persembahan yang sangat menakjubkan. Terkasima aku bila melihat panggung di buka dengan multimedia yang menarik dan di iringi  lagu pembuka yang sangat puitis liriknya dan alunan melodi yang sungguh indah. berdiri bulu roma! lagu itu seperti membawa aku ke satu perjalanan yang sangat liku dan panjang. ada cerita di balik kerusi yang melalui lorong kecil hingga mencapai ke satu tempat yang kukuh. sangat simbolik. TABIK SPRING untuk dato sifu. aura beliau masih utuh hingga kini.

Secara keseluruhan pesembahan ini..semua aku suka, semua aku gemar, semua aku cinta!! kerana beliau menyampaikan kesemua lagu- lagu ciptaannya ( lebih kurang 22 lagu then tambah beberapa lagu lagi, aku lupa)  dengan penuh rasa dan tenaga yang paling maksima. darimana ye datangnye tenaga yang sebegitu?? aku sangat kagum ok! sampaikan aku boleh terlopong tengok beliau menyanyi, bersilat dan menari. perghh!!! tutup la mulut tu k. hahaha.

Tahniah untuk seluruh tenaga kerja konsert sang pencipta. anda semua hebat. eh lupa la..persembahan korus  juga memberi kesan kepada penonton dengan bacaan puisi "aku" chairil anwar. Tahniah untuk anda. sekali lagi sejuta tahniah untuk dato sifu, persembahan yang memberi impak kepuasan  pada penonton. tersenyum puas aku keluar dari panggung istana budaya.
gambar ni aku petik kat sahabat gua 
gambar ni aku petik kat sahabat gua

Lirik Hijab Kekasih - M Nasir

Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung kerinduan
Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang
Kasih dan sayang telah lama kusatukan
Semua kasihku dalam gemala
Ke laut jawi 'kan kukirimkan sana

Duhai kasih hijabmu di sini
Masyur rupamu di mata kalbu ini
Berbaringan diusik rindu azali
Di manakah kekasih yang jauh dariku
Memakan debu... rindumu

Segenap nafasku melihat renunganmu
Wangi dan harum kau kekasih
Antara lamunan segala kalimahku ini
Siapa yang mengerti

Menghilang tahun kutahan dahaga
Setelah habis madah untuk sang puteri
Pautan kasih kukenal sendiri
Teringin ku melihat sebalik hijabmu
Wajah yang kupuja

Kekasih... lama sudah aku merindu
Larut nan denai larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredaanmu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya