1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, July 8, 2013

MENJENGUK ABANG - OPERATION BYBASS

Hari jumaat lepas, 5 julai aku bali ke kuantan. tujuan utama adalah melawat abang yang baru selesai menjalani pembedahan bypass jantung. baru berkesemptan untuk balik menjenguk.


gambar ini aku kidnap dari facebook my bro. ini di bahagian perut. 


urat kaki minor yang di sambung terus ke jantung. masih bengkak sebab baru beberapa jam selepas pembedahan.

  
gambar ni aku snap sendiri, tak sanggup tapi gigih jugak aku snapkan. maaf ya abang, baru sempat menjenguk sedangkan dah dua minggu abang terlantar di hospital. 

Ya allah sakitnya pastinya allah dan kamu saja yang tahu. aku yang melihat mungkin tidak mampu untuk merasai kesakitan yang kau rasa.

abang : berapa hari cuti?
aku : amek satu hari je, jumaat. esok kan sabtu ahad.
abang : oooo
aku : macam mana dah rasa?
abang : kalau tahu sakit camni, abang tak buat pun operation!

hurm..sabar lah abang. ini adalah ujian abang kali ini. ada hikmat disebalik kejadian. detik suara hati aku.

abang : mak datang esok ke ari ni?
aku : mak dah ontheway.
abang : bestnya la kalau mak bawak kan abang, gulai ayam kampung!

perghhhh..makan tak hengat punya.hihihi. abang..itu lah kegemaran abang, tiap kali balik kampung pasti lauk itu jadi hidangan utama abang. mak buat khasu untuk abang.  tapi sekarang abang tak berapa nak pulih lagi, pantang sikit je. pujuk aku dalam diam.

Betul orang kata, naluri seorang ibu pada keinginan dan kehendak anak sangat kuat. mak sampai kat rumah abang dengan membawa gulai ayam kampung!! aku tanya mak, 

aku : abang tepon mak ke suh bawak ni??
mak : tak tepon pung. 

Terkedu jap. sedih ke jeles ke mende ke!!!! ignore saje lah. dia tengah sakit, tapi itulah kasih seorang ibu pada anak-anak.


Gambar ini aku kidnap dari fb dia. menunggu hari-hari untuk di operasi. tenang tapi dalam hatinya mengharap ibu menemaninya saat ini.


Wajah abang setelah dibedah. masih mampu tersenyum. teruskan senyuman itu abang, kerana dengan senyuman, semangatmu akan kembali bersama.

Isteri yang setia menemani dan menjaga abang dengan penuh kesabaran. moga kasih sayang kalian kekal hingga ke jannah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya