1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, July 16, 2013

PENANGAN METFORMIN

Salam Ramadhan...

Alhamdulilah..hari ini dah masuk ramadhan yang ke 7. masih lagi puasa penuh okey! hihihi. nak share sikit je hari ni, jangan la jemu yer.

Tahun ni tahun pertama menyambut ramadhan sebagai PESAKIT KENCING MANIS TYPE 2. alhamdulilah masih sihat dan diberi kehidupan yang baik untuk melengkapkan hari hari bersama my other half dan my zara. 

Sejak Ramadhan pertama hingga hari ni, dah 3 kg berat badan aku turun, TANPA AKU BERDIET! aduhai penangan metformin buat aku lomah tau, tapi kena jugak makan, hurm. selera aku agak kurang waktu sahur, sekadar susu dan kopi tanpa gula dan juga dua keping roti atau kadang2 aku makan kurma untuk  mengalas perut dan mengekalkan tenaga sepanjang hari.

waktu berbuka?? selera tak seperti tahun-tahun sebelum ni, dulu melantak tak hengat. tapi tahun ni makan la jugak, tak la aku tak makan langsung. itu penipu namanya. maksud aku tak beria macam tahun-tahun dulu. TAPI KUEH MANIS PEBERET AKU??? aku kena buat sendiri kat rumah sebab aku akan kawal penggunaan gula. lagi sihat dan selamat.

METFORMIN DAH HABIS!!! NAK JUMPA DOCTOR SHAOUKI KENA DRAMA SIKIT, SUPAYA TAK KENA MARAH! SEKIAN.


3 comments:

  1. Ala siannya babe. bacaan turun tak bulan puasa ni?

    ReplyDelete
  2. Salam ramadhan..datang dari segmen
    "Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya