1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, July 2, 2013

PERGI NYA SEORANG TOKOH AKADEMIK DAN SASTERA - ALFATIHAH


PUTRAJAYA 1 Julai - Tokoh akademik dan sasterawan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Awang Had Salleh, 79, meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi ini akibat komplikasi paru-paru di Hospital Putrajaya di sini.

Allahyarham diserang angin ahmar sejak lapan tahun lalu dan turut mengidap kencing manis.

Jenazah Allahyarham dibawa ke rumah anak perempuannya, Datin Norazlina yang juga isteri Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Salmah Abu Bakar, 69, serta tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan dua perempuan.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Selatan, Presint 20, selepas solat zuhur.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara kenamaan yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada pencinta ilmu itu.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Sementara itu, Muhyiddin menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada negara kerana banyak sumbangan yang dicurahkan sepanjang hayat beliau kepada negara terutama dalam bidang bahasa dan kebudayaan.

Selain itu, katanya, Allahyarham juga pernah memegang jawatan penasihat khas kepada Kementerian Pendidikan.

"Negara amat menghargai sumbangannya. Saya ucapkan takziah dan doakan supaya keluarga Allahyarham tabah menghadapi cabaran ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas solat jenazah di Masjid Putra di sini.

Awang Had pernah menjadi Naib Canselor Pertama Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 1984 dan menjadi penasihat khas kepada Kementerian Pendidikan pada 1988.

Allahyarham membabitkan diri dalam penulisan kreatif seperti novel, cerpen, drama dan puisi sejak tahun 1950 di samping menulis buku-buku sekolah.

Beliau juga aktif menulis kertas kerja ilmiah serta rencana untuk majalah dalam bidang pendidikan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan.

ArtikelPenuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130702/dn_06/Awang-Had-Salleh-meninggal#ixzz2Xs6ZjQZ3 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


CATITAN PENDEK " BUAT MENYAPU SI AIR MATA".

Pada awal tahun 2011, aku diberi tanggungjawab oleh Dekan Fakulti bagi mengajar subjek Produksi Teater Moden. apabila subjek produksi, haruslah pada ending pembelajarannya akan ada showcase yang berskala kecil untuk menilai tahap pencapaian pelajar diploma tahun 1. SUBJEK itu adalah kursus wajib dalam Fakulti Teater. sELAKU pembimbing produksi aku perlu mencari dan menilai naskah yang tepat dan bersesuaian untuk tahap pembelajaran di peringkat diploma.

Aku memilih naskah Buat Menyapu si Airmata Karya Allahyarham Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Awang Had Salleh sebagai subjek utama dalam kursus produksi teater moden. Pemilihan aku adalah berdasarkan isu yang terdapat dalam naskah. isu yang masih relevan untuk di perdebatkan, RASUAH dan SKANDAL. 

Sebelum pra produksi ini berjalan, pihak fakulti menghubungi keluarga beliau untuk meminta keizinan bagi mementaskan naskah beliau. alhamdulilah, kami menerima respon yang baik dari pihak keluarga beliau. pada waktu itu keadaan beliau sudah tidak berupaya dan segala urusan peribadi diuruskan oleh anak dan isterinya.

Al-Fatihah untuk Allahyarham..moga ditempatkan di kalangan yang beriman.amin.

sekadar berkongsi, gambar-gambar teater "buat menyapu si airmata".




banyak kisah yang terjadi di sebalik pementasan cerita ini. walau apa pun, aku sangat kagum dengan usaha dan komitmen mereka. 

kini mereka sudah berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma. alhamdulilah. SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DI LUAR SANA.

1 comment:

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya