1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, July 12, 2013

RINDU MAK + SAYU

Salam Ramadhan

Malam ni nak citer pasal insan yang paling aku cinta dalam hidup aku. MAK..

Minggu lepas aku balik kuantan, sempat la jumpa mak. tapi..hurmm, tak banyak yang kami bualkan, sebab mak sibuk kat rumah my bro yang baru selesai operasi bypas. tapi perbualan dengan mak petang sabtu, sangat menyentap jantung aku, aku dan my sis berpandangan antara satu sama lain. 

Mak : tahun ni tak payah beli kuih raya banyak2. membazir aje nanti.

aku : aiks, bukan ke tiap tiap tahun habis je kuih raya tu mak.

Mak : itu tahun lepas, tahun ni tak payah lah.

aku : lor, tak best la camni. tak pa mak, lau tak habis, orang bawak balik kl balik, ok? (nada bergurau)

my sis : bukan banyak mana pun kami beli, cukup la untuk tetamu kan jaa.

Aku : yup kak.

Mak : haa..lagi satu, tahun ni mak taknak baju raya, kalau nak beli, belikan mak kain telekung putih je ya. senang nanti.

Aku : hurm..nape mak taknak baju raya. kain telekung mak kan dah banyak, ada yang tak guna pun ada lagi. tahun ni orang nak beli sepasang untuk mak dan ayah. ok.

Mak : Mak nak kain telekung baru. 

my sis : ok mak. ( sambil cuit tangan aku, supaya aku iyakan kata-kata mak)

Aku bangun, ke dapur, konon nak minum air, tapi mata aku ni dah ada manik-manik putih dah, tunggu berkedip je, konpem jatuh. Mak..janganlah cakap macam tu, suara hati aku je lah. aku masuk ke hall, duduk sebelah mak, letak kepala kt riba mak. "mak..picitkan kepala orang jap mak" ouchhh..aku rasa nak genggam aje tangan mak, dan dalam hati aku macam-macam perasaan yang menerjah.

Mak..tunggu kami balik nanti tau. ishkkk..tak mau nangis la. nanti lagi buat aku rindu. 

" AKU SAYANG MAK+ AKU RINDU MAK"

8 comments:

  1. Assalammualaikum, Selamat berpuasa.

    Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia - Norazizah.

    ReplyDelete
  2. As-Salam. Sedih la pulak baca entri ni ..

    ReplyDelete
  3. kenyataan itu ada menunjukkan tanda - tanda ... bersedialah dgn apa jua kemungkinan yg mungkin berlaku . Ramadhan ni , berdoalah minta Allah beri yg terbaik untuk bonda kamu dan minta diampuni segala dosa - dosanya ...
    singgah sahur salam ukhwah ohblogger malaysia
    http://veesandy.blogspot.com/
    Selamat berpuasa ...

    ReplyDelete
  4. semoga tabah harunginya . doa yang terbaik untuknya ya ...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya