1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, July 15, 2013

TEPUNG BERAS KE TEPUNG PULUT????

Salam Ramadhan..

Hujung minggu baru baru ni, aku ajak kengkawan datang berbuka kat rumah. ini plan achik dan sebelum puasa lagi, katanya, hujung minggu ramdhan pertama, mesti berbuka rumah aku. aku no hal. bereh!

so sabtu, kepasar, membeli apa yang patut. sorry, kali takda gambar ke pasar, gambar makanan, sebab tukang snap lupa! boleh camtu! ishk..sabar je la.

ok, actually aku ada citer pasal kejadian lucu di ramdhan ke4 ni. jom..follow dulu gambar yang aku copy dari fb, gambar ini ditagged oleh achik dan.


Ini lah achik dan. awal dia sampai tau, sebab dia nak buat kueh. eh silap, bukan dia nak buat tapi arif. achik dan ni pulak mengidam ondeh-ondeh or buah melaka ler. so arif ni nak la buat untuk achik dan kita ni.

nasib baik aku dah settlekan semua masakan aku, tunggu nak goreng ayam seyja. so mereka mereka ini ke dapur untuk mengerjakan ondeh ondeh idaman achik dan.


yang kat belakang tu arif, orang ganu kite gop. hihi. yang angkat periuk tu, azie, rajin tau budak girl ni. boleh buat menantu.


ok, sesi mengadun bahan-bahan. sekali aku pandang, terdetik dalam hati, kenapa lain macam je adunan si arif ni, lembik sangat, mungkin terlebih air kot. tapi aku diamkan aje. malas la nak ganggu kan. hahahaha. 

Tak lama lepas tu, bila beberapa biji dah masak, arif ni tanya :

arif : eh, kenapa keras ek?

aku : yer ker? hurm ( aku pun picit la kueh ondeh-ondeh tu) aaa la arif, keras.

achik dan : tak masak lagi, sebab tu keras!

arif :  kalau masak, kueh ni akan timbul di permukaan air ( kerlas statment tu)

azie : tak palah keras sikit, janji boleh makan.

aku : arif, awak guna tepung apa ek?

arif : tepung beras.

aku : hurm ( tahan gelak) subhanaallah. arif, buat Ondeh-ondeh mesti guna tepung pulut, barulah lembut.

semua dah gelak terbahak-bahak dah kat dapur.

achik dan : sebab ribut punya pasal, kelam kabut cari tepung. asal ambik jek!

aku : abg dan! aku nak gelak kuat kuat boleh tak??

semua dah huru hara kat dapur, gara gara ondeh ondeh si arif. alahai..sakit perut aku duk gelakkan ondeh -ondeh batu. hahaha. arif ooo ariff, sori ye, i gelakkan u. sorri sangat. nasib baik la si arif ni ok orangnya. kami gelak ni pun lawak-lawak kengkawan je kan. 



dah nak abis makan baru la achik dan snap gambar. hahaha. tadi semuanya tak pandang kiri kanan dah.


ini kueh sekaya aku yang sempat aku snap.

alhamdulilah, kenangan sungguh ramdahan kali ni yer. macam-macam hal yang jadi. tapi happening dan gamat dengan suara suara mereka. thanks uolsszz.

12 comments:

  1. 1 geng sekepala bila ramai cmtu mmg best time berbuka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup pakcik lie, gamat jadinya.hihihi

      Delete
  2. Tepung beras, tepung beras laaa, janji rajinkan ke dapur buat kueh..kan bro!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..betul tu abang abil.rajin tu yg penting.

      Delete
  3. Salam Ramadhan...
    AJ singgah sahur kat sini.. =D
    http://ayuejean.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Ermm dap...
    Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia - Norazizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ondeh ondeh tapi yg dorng buat tu, aduhaiii..lawak tul la

      Delete
  5. Salam Ukhwah, Salam Ramadhan dari Hootoh Blog Tudia™
    Ziarah Blogwalking Singgah Sahur, Maaf krn agak agak lewat. But better late than never. Selamat bersahur untuk hari ini dan seterusnya. Semoga Amalan Puasa kali ini terbaik untuk kita semua. In Sya Allah
    Referral: Ezan Imsakiye Vakitleri - Sahur Blogwalking

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya