1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, July 11, 2013

TIPS UNTUK MENGUATKAN DAYA INGATAN


Salam Ramadhan.
adakah ingatan anda masih kuat?? opkos la kuat, tapi untuk perkara-perkara yang kita suka, kalau perkara yang kita tak suka agak sukar untuk ingat. itu aku ler. so sekarang ni, aku perlu ingat semua perkara samaada aku suka atau tidak, aku perlu, kerana itu adalah ILMU yang sentiasa berguna untuk aku di kemudian hari.

Bila citer citer pasal daya ingatan ni, bukannya apa, aku NI akan kembali menjadi pelajar so tips ini sangat la berguna untuk aku, al maklum ler, bila umur dah makin menginjak ni kan, usaha perlu exravaganza daripada biasa. Mudah mudahan daya ingatan aku sentiasa kuat dan tajam. tapi kalau korang nak tau, perkara yang tak pernah lupa dalam ingatan aku ialah TARIKH PENTING DAN ISTIMEWA itu aku tak lupa. hahahahaha. ok..aku kongsi dengan uolss semua yer. ini pun aku terjah ke laman sesawang blogger. sorry ya pak..mau tumpang copy untuk di kongsi. aku udah mintak ijin sama pak toho. terima kasi ye pak.

ANTARA TIPS NYA:

1. Sentiasa mengingat Allah
Yang paling penting ialah ingat Allah SWT dengan sentiasa berzikir. Daya ingatan akan bertambah kuat sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepada-NYA.
2. Mengamalkan puasa
Amalan berpuasa sunat juga baik karena puasa juga menajamkan pikiran.
3. Berdoa
Berdoalah kepada Allah s.w.t. agar anda diberikan kekuatan daya ingat, hati yang tenang, dan pikiran yang cerdas.
4. Membaca dan menghafal Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai halaman surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerangi jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
5. Relaksasi secara teratur
Salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan ingatan adalah berusaha mengendorkan ketegangan seluruh otot tubuh sebelum mempelajari sesuatu yang baru. Mengikut kajian, relaksasi otot dapat mengurangkan kecemasan yang sering dirasakan seseorang ketika berusaha mempelajari hal baru.
6. Tidur nyenyak
Tidur malam yang nyenyak, sangat baik untuk ingatan anda. Penelitian menunjukkan, orang yang terbangun ketika sedang bermimpi tidak mampu mengolah memori dari hari sebelumnya. Jadi, ia mudah lupa.
7. Istirahat cukup
Istirahat yang cukup amat penting supaya otak berfungsi secara maksimum, otak memerlukankan istirahat untuk mengendapkan dan mengkonsolidasikan ingatan. Istirahat yang diperlukankan otak bervariasi, bergantung pada kerumitan dan kebaruan informasi, serta pengalaman orang yang bersangkutan. Cara yang baik adalah memberi waktu istirahat otak 3 hingga 10 minit setelah otak beraktiviti selama 10 hingga 50 minit.
8. Kembangkan sikap mental positif
Gantilah setiap sikap mental negatif atau kritik terhadap diri sendiri menjadi sikap yang positif, kerana hal itu akan menimbulkan rasa keyakinan diri yang berpengaruh positif terhadap daya ingat.
9. Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan pikiran anda pada suatu perkara dan mencatatkan apa yang anda pikirkan. Fokuskanlah segenap perhatian terhadap hal-hal yang penting di dalam memori anda bila anda sedang beristirahat dan rileks. Kalau anda mencuba mengingat sesuatu pada saat anda sedang lelah, maka besar kemungkinan anda akan gagal dalam mengingatnya.
10. Libatkan emosi
Peningkatan ingatan tentang suatu kejadian terkait erat dengan peningkatan emosi. Pengalaman yang melibatkan emosi akan lebih mudah diingat daripada pengalaman biasa.
11. Kembangkan ketajaman indera
Cobalah praktikkan keterampilan pengamatan dan belajar memperhatikan sesuatu dengan menggunakan seluruh indera kita terutamanya penglihatan dan pendengaran. Jika ingin mengingat sesuatu, berhentilah sejenak, perhatikan dan catat apa yang ingin kita lihat dan dengar.
12. Berbicara sendiri
Kita juga boleh berbicara sendiri tentang sesuatu yang kita rencanakan. Misalnya, “Saya harus membeli susu dalam perjalanan pulang nanti.” Juga tentang sesuatu yang telah kita lakukan. Misalnya, “Saya telah mengunci pintu.” Mungkin kedengarannya agak pelik, tapi terbukti sangat efektif. Di sini telinga kita menguatkan ingatan kita. Tapi ingat, mengucapkannya tidak perlu secara kuat supaya tidak menimbulkan pertanyaan di benak orang.
13. Menata pikiran
Membentuk urutan informasi (mengelompokkan informasi) akan membuat sesuatu lebih mudah diingat. Ini juga akan mempermudah otak untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari dan diketahui.
14. Bayangkan dan kaitkan
Jika anda sulit mengingat nama, cubalah membayangkan. Kaitkan nama orang dengan suatu idea, simbol, orang, benda atau perbuatan, kemudian buat gambaran mental benda itu. Untuk mengingat nama Neil, misalnya, bayangkan orang yang sedang mengail. Pembentukan irama juga dapat memperkuat hubungan. Jika Larry memilki janggut, cubalah mengingatnya sebagai “Hairy Larry.”
15. Peta pikiran
Peta pikiran merupakan kaidah yang berkesan untuk mendapatkan ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Ada juga yang mengatakan bahawa penggunaan peta pikiran akan menambah keseimbangan otak kiri dan otak kanan kerana peta pikiran merangkum semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, dan sebagainya dalam usaha keseluruhan.
16. Katakan berulang kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan sesuatu tersebut. Bila kita membaca sesuatu, yang dapat kita ingat hanya sekitar 20%. Dengan mengulangi pembacaan keesokan harinya, lalu minggu berikutnya, sebagian besar informasi yang kita baca akan kita ingat.
17. Mendengar musik klasik

"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA"

4 comments:

  1. Mendengar muzik klasik . hmmm... kasik tukar aaa .. dengar orang berzanji ke, nasyid ke, marhaban ke .. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup bro hasrul, tepat sekali. untuk muslim gantikan dengan dengar org mengaji or marhaban dan yang sesuai dengan agama kita. tq bro hasrul hassan.

      Delete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya