1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, August 28, 2013

aku KEMBALI KE SINI


assalamualaikum...
berdebar pulak rasa hari ni kerana memikirkan apa yang akan berlaku minggu depan. nampak tak pic kat atas? minggu depan aku akan bergelar pelajar DI universiti Malaya. 

fuhhh..cuak pun ada, gerun pun ada, bukannya apa, last aku masuk kelas dan mengadap assgment bertimbun tahun 1999-2007, lama ek?? diploma dan degree, mesti ler lama. :)

lepas habis belajar, merata aku kerja untuk cari pengalaman dan rezeki, akhirnya alhamdulilah dapat juga tawaran untuk menjadi pendidik, impian aku terlaksana akhirnya, kerana berkat doa mak, ayah dan guru guru. alhamdulilah.

sujud syukur padamu ya allah, kerana mengizinkan aku menyambung pengajian di peringkat sarjana pengajian melayu. wahai kawan-kawan ku..doakan aku ya kawan..moga allah permudahkan segala urusan pembelajaranku.

terima kasih untuk my other half bagi keizinan untuk mummy teruskan cita-cita dan impian mummy. sentiasalah ada dibelakang mummy saat mummy kebuntuan.
takmau cakap lebih, nanti mengalir airmata ni. sensitip tak hengat aku ni.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya