1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, August 1, 2013

RAjin anak Mummy.


Kata-kata George Carlin sangat memberi motivasi untuk aku. kadang-kadang bila otak ni asyik fikirkan zara, how??? tak settle sampai sudah kan. bagi menaikkan semangat mummy, mummy akan positif, baca buku yang memotivasikan mummy supaya mummy kental dan sabar dalam mendidik kamu sayang.

yeha..seperti kata pujangga george carlin, teach them to question everthing. Yes, zara dalam proses memahami, menyoal semua perkara. kadang-kadang satu soalan tu akan diulang beratus kali. sampai aku geram, aku hug dia kuat-kuat, then kami gelak sesama supaya ia boleh ingatkan aku jangan stress dan give up dengan setiap soalan dari dia. alhamduillah. aku sentiasa perlukan kesabaran ini.



dia akan susun antara buku buku dia kat lantai. lepas tu baru dia akan ambil satu then bagi aku bercerita. tapi jangan ambil masa yang lama sebab usia macam zara cepat boring, tapi tak tau kalau anak-anak anda semua ok. kalau zara, aku perlukan 3 minit aje untuk setiap buku dalam satu hari, means satu buku akan dijadikan bahan untuk zara lebih kurang satu minggu. saranan doctor. bila dia boring dia akan cepat memberontak dan tak fokus untuk perkara lain. ala..buku buku yang aku belikan semua visual. itu lebih mudah dan menarik untuk zara.

Teringat kata kata seorang kakak (teman) yang sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana Falsafah di Melbourne, kata nya. Sistem Pendidikan awal kanak-kanak 2- 6 tahun di sana, mereka tidak diajar UNTUK mengenal ABC DALAM kelas, tapi apa yang di beri oleh pihak pre kindy school ialah bercerita, main play dough, atau dalam maksud yang mudah BERMAIN. sebab katanya, dalam bercerita dan bermain itu akan meningkatkan daya imaginasi, kepetahan bercakap dan membina keyakinan diri dalam menyusun struktur ayat yang diucapkan dengan baik, dan secara tidak langsung mereka akan kenal ABC. dan katanya lagi, setiap kanak-kanak berbeza tahap perkembangannya.

satu perkongsian yang menarik bagi aku. boleh dipraktikkan untuk zara. thanks kakak lenny. saya akan sentiasa positif untuk ZARA saya. Insyallah


Gigih membelek buku ABC then dia sebut gambar-gambar yang ada dalam buku, tapi tang ke huruf aje, zara ada problem sikit. dia mudah terbalikkan huruf. tetapi kalau kita baca atau dengarkan dia ABC songs dia mudah ikut. alhamdulilah..perkembangan semakin baik, dah boleh mengira 1-10. alhamdulilah. 

kalau dia dah boring dengan buku buku dia. zara akan datang pada aku, dan masa itulah aku ambil kesempatan untuk bercerita pada dia kisah kisah puteri, kisah dongeng rakyat. aku seronok sebab antara kami ada two way comunication ok. banyak tanya tenit ni, cerita baru nak start, tanya lagi.hahahaha...sampai la kesudah kena tanya je mummy ni. xoxo.


Masa untuk makan Mummy.

1 comment:

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya