1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, September 27, 2013

HARGAI SETIAP DETIK

"hargai setiap detik yang mendatang kerana ia mungkin menjadi detik terindah dalam hidupmu"- robert brault

assalmualaikum...salam hari jumaat..

kisah yang aku baca, ingin berkongsi dengan semua kengkawan..jom layan..

" kisah julia, seorang ibu, isteri, pekerja di syarikat publisher dan juga merupakan pelajar yang sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana. 

kisah di satu hari cuti. banyak perkara yang julia perlu selesaikan dihujung minggu. pakaian yang masih belum dilipat sudah tinggi menggunung, ada juga berbakul yang belum dibasuh, rumah yang tidak kemas, perlu sediakan sarapan pagi, tengah hari dan makan malam, tidak cukup dengan itu julia juga perlu melunaskan dua artikel yang perlu dihantar segera. situasi ini sangat membebankan julia kerana pasti anak anak akan bertanya:" apakah aktiviti hujung minggu kita mama?"

julia menjawab dengan penuh kekecewaan : " mama kesuntukan masa dan terdesak untuk siapkan tigasan dengan segera, maafkan mama ye." anak perempuan julia sudah menarik muka, tetiba julia mendapat idea. "apakata, kita bermain sambil mama siapkan tugasan mama". anak perempuan julia menjerit riang. 
" yeayyy..kita akan bermainan kupon kerja..saya akan siapkan baju yang tinggi menggunung, abang akan siapkan laman rumah dan papa akan sediakan sarapan dan makanan tengah hari, setuju". semua seisi rumah menjerit tanda setuju.

beberapa jam selepas itu, julia berjaya menyiapkan tugasannya dan pada masa yang sama, eric..suami julia sudah siap sediakan makanan yang enak walaupun sedikit tidak sihat. mereka sekeluarga menikmati hidangan dengan senyuman. tiba tiba julia bersuara "betul kamu semua gembira dengan aktiviti kita hari ini? kamu tidak kecewa kerana kita tidak melakukan aktiviti yang hebat hari ini?

anak lelaki julia menjawab : "hidup ini mengembirakan sekiranya kita sendiri yang menggembirakannya mama"
ada titis di pipi julia

sekian..terima kasih kerana sudi membaca. apa yang aku dapat dari kisah ini, carilah kebahagian dalam semua perkara walaupun sekecil mana pun, kerana itu adalah satu saat yang tidak mampu kita ulang. cerita ini sangat memberi inspirasi untuk aku menghargai setiap detik yang sekarang seperti flash..zup...zup...pantas seperti kilat. " sibuk bukan alasan untuk membuat orang lain gembira".



No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya