1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, October 10, 2013

di TEGUR

assalamualaikum..

dah hari khamis?? sungguh pantas masa berlalu..dah nak sampai hujung minggu dah kan. hurmm

kisah semalam..
lepas habis kerja kat opis..terus pecut ke UM..KELAs sarjana. tarik nafas sekejap bila sampai dalam kelas. semua dah ada kat kelas, aku aje yang selalu lambat. pasti aku akan duduk barisan depan sebab kerusi yang belakang dah penuh. mau atau tak!! itu aje yg ada.

kelas dari 5.30ptg-9.30 malam. subhanallah, ya allah..kuatkan lah mata aku ni untuk mengadap ilmu. suara hati aku ler kan. sedang aku duk berangan sambil duk kuis kuis kertas yg kat depan, tetiba prof hashim bersuara, perghhh..menyirap jantung aku wei..adusss..

prof : engku, mengantuk? itu perkara biasa yang terjadi pada orang seperti anda. sebab dari pagi hingga ke petang anda di pejabat. mengajar dan bekerja, tiba waktu petang, anda perlu ke kelas. memenatkan??

perlu ke aku mengangguk?? tapi itu berlaku secara spontan, aku iyakan kata kata prof, aku ingatkan dia nak sambung kuliah, rupanya dia sambung hal tadi

prof: engku..dalam kehidupan, orang yang sibuk lah akan pandai menguruskan masanya. jangan anggap bila kita sibuk, bintang pun tak mampu kita sentuh, itu salah. dalam kesibukan itulah kita belajar untuk menyentuh bintang. 

aku: macam mana?
prof: fikir dan cari. okey..saya teruskan kuliah penyelidikan kualitatif topik 2.

alahai profesor dato dr hashim.. kata kata itu memberi satu ledakan perasaan pada aku petang semalam. terima kasih prof, dengan sedikit teguran, mata aku kembali fokus. walaupun otak sudah berdenyut, tapi hati kata TERUSKAN!!!!!!!!!!!!! masih terfikir sampai sekarang..pasal bintang...???

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya