1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, October 4, 2013

KAYUH BASIKAL

assalamualaikum..

salam hari jumaat yang mulia. hari ni aku nak share pasal tenit manjaku sayang..siapa lagi my zara ler. usia zara dah 3 tahun 7 bulan 3 hari. zara ni dia ada sedikit masalah, sebelum ni pun aku ada citer kan pasal dia sikit. masalah dia adalah "terbalik" maksud aku..yang depan di kata belakang, yang belakang di kata depan. 

setengah perkataan yang dia cakap akan di sebut dengan huruf I. CONtohnya : epal = ipal . orang = irang . syampu = impu. kereta = ite dsb. setiap kali dia salah, aku cuba betulkan dan dia ikut. setiap hari dilatih..alhamdulilah.

 cuma yang selalu aku cakap kat hati aku " setiap perkembangan anak-anak tidak sama" . sudah hampir dua bulan aku ulang alik ke "unit terapi pertuturan hukm", alhamdulilah..zara sudah mula  fokus bila kita bacakan buku untuk dia, kalau sebelum ni, tak sampai 1 minit, dia akan bosan. ok..ok..aku akan cerita hal dia dan simptom Disleksia pada next entry.

berbalik pada tajuk. zara still tak boleh kayuh basikal. dia akan kayuh ke belakang. bila mummy suruh kayuh ke depan, dia kayuh ke belakang dan dia kata itu depan. alahai..fening mummy.. nak tanya jugak..mummy or dady bloggers ni, anak uols boleh kayuh basikal umur berapa?? atau adakah itu normal. ok..ok..mestii uols tertanya tanya..kenapakah ?? actually simptom disleksia tu sangat ketara pada zara tetapi masih di peringkat pemerhatian doktor lagi.

walid yang sentiasa sabar duk heret basikal anak manja kesayangannya tanpa sedikit mengeluh walaupun nampak mukanya sangat keletihan tapi demi mu ZARA.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya