1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, November 12, 2013

beRAS DAN STATUS PEKERJAAN??

assalamualaikum...

Selamat bekerja untuk semua. jangan ada yang blues monday tau. moga hari ini menjadi hari yang paling baik. aku ada satu menda nak share pasal satu kejadian di pagi ahad. 

lepas makan sarapan pagi, aku dan my zara keluar dating la. my other half tak berapa sihat, so rehat aje kat rumah ok. aku bawak myzara ke tesco seawal awal pagi, sebab kalau dah matahari meninggi ramai pulak orang nanti. 

sampai aje ke tesco, terus aku tuju ke tempat barang yang aku nak. takda melencong-lencong dah. zara?? dia atas troli. hahahaha..sambil baca buku mouse, sebab masa nak masuk tadi, kedai buku dah bukak. so itulah gadget zara sekarang iaitu BUKU.

berbalik cerita pasal tajuk di atas.

venue : di deretan beras beras di TESCO
TIME : 8.30 PAGI
aku di sapa oleh seorang perempuan yang sudah berumur.

P : amboi, makan beras mahal.
aku : hurm..saya makan beras ni sebab beras ni takda karbo dan sesuai untuk diabetic macam sy mak cik.
P : yer la, bukan pada aje, tak perlu makan gula. sihat jugak. beras ni untuk orang-orang kaya aje dan orang keje besar besar aje. macam mana kamu nak maintain beras tu dalam kehidupan seharian kamu. zaman sekarang ni kena berjimat, apatah lagi orang muda macam kamu.

sebelum aku pergi tinggalkan mak cik itu, aku cuba menggunakan bahasa yang penuh diplomat. tidak mahu dikata kurang ajar.
" terima kasih ye makcik, betul tu, beras ni memang mahal, tapi nyawa saya juga mahal untuk anak dan suami saya. sebab tu saya perlu makan beras ni untuk kesihatan."

aku senyum, tapi dia langsung tak membalas senyuman aku. ya..mungkin dari gaya dan pemakaiannya tampak dia seperti orang berada, tapi tak perlu untuk bahasakan orang dengan serendah itu.  

apakah perlu dibandingkan sekampit beras dengan status pekerjaan? apakah beras TAJ MAHAL untuk orang orang kaya??? boleh aku tau kebenaran tak. mungkin aku salah, dan mak cik itu betul. 




17 comments:

  1. kadang-kadang orang nie susah kita nak faham...sy pernah usulkan pada MIL pasal beras nie,tapi jawapan yang negatif utk sy diberikan...
    sedangkan sy berusaha untuk menjaga kesihatan kami sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. ya..betul ida..saya cuma terkasima sekejap bila makcik tu ckp macm tu.

    ReplyDelete
  3. ala biasalah tu ,kalau kita mampu, apasalahnya :) ia untuk kesihatan kita juga

    ReplyDelete
  4. amboi... arrogant nya makcik tu... huhu.... biar kita jawab penuh berhemah tapi mendalam maksudnya... sabar yea... biaq lah nak makan beras mahal ker, beras perang ker, janji kita sihat.. :)

    ReplyDelete
  5. Betul..klu mampu xde salahnya kita mkn beras mahal sikit untuk kesihatan.bkn tlis kat situ beras tu untuk org kaya je kan? :)

    ReplyDelete
  6. yup adriana. sedih rasanya bila dia letakkan label sampai camtu sekali.

    ReplyDelete
  7. hadoi tacing dgr penerangan makcik tu..sabar je la..
    myb sebab diorg x fhm
    aah bgs beras ni...

    ReplyDelete
  8. macam tak caya lak ada org tegur camtu yek...ish..

    ReplyDelete
  9. Herba Poni ni bukan setakat sedap malahan memang bagus untuk kesihatanb. Jika kita memang mampu apa salahnya ?

    ReplyDelete
  10. takyah ambil kisah ape yg orang cakap. bukan depa pon bagi awak makan.. yg beli ialah awak, pakai duit awak, nyawa awak, nyawa keluarga awak.. bukan depa.. betui dak?

    ReplyDelete
  11. Beras kita makan hari2.. klu x kaya pun tp kita bajet lebih sikit utk beras yg baik apa salahnya.. sebarang je mak cik tu sound2 mcm tu.. mmg x eloklah. Pedulikan je lah.. mulut manusia...

    ReplyDelete
  12. saya pun makan beras taj mahal ni jugak..apa salahnya belanja lebih untuk kesihatan :)

    ReplyDelete
  13. pedulikan saja kata-katanya.. bukan dia nak bayar harga beras tu pun nak perli-perli kita..

    ReplyDelete
  14. aik.. beli beras mahal pun kene tegur...? pelik pelik

    ReplyDelete
  15. ye lah memang berbulu je telinga bila bab beli barang berkualiti kena tegur.. apa ingat cina kaya je mampu? ... bukan soal mampu tp soal kualitinya dan jika mampu pun apa salahnya. x apalah...biarlah..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya