1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, November 22, 2013

BILA CIKGU DIAM...MAKIN?????


assalamualaikum..
salam pagi jumaat yang mulia. moga kita semua diberi keberkatan ilahi hendaknya.

Entry di atas berkaitan dengan tugas aku sebagai pensyarah, tapi aku lebih senang kalau pelajar panggil aku dengan panggilan cikgu. nama cikgu itu sudah cukup keramat dan tinggi nilainya dalam kehidupan aku. kerana cikgu, aku di sini sekarang..alhamdulilah.

lahirnya entry ini kerana semalam..
semalam ( khamis 21/11/2013) minggu ke 9 kuliah. setiap kali kuliah, akan sentiasa ada pelajar yang datang lewat, terlajak katanya. aku tak membebel..cuma aku akan cakap " kesian kat kawan-kawan awak, setiap kali kamu datang lewat, mereka yang datang awal akan terima nasib yang sama, so unfair. tolong kesian pada mereka yang nak belajar" cukup..itu saja. aku tak larat dan tak kuasa nak marah marah. kerana mereka sudah cukup dewasa untuk tengok jadual kuliah.

Tetapi semalam, hurm..aku dah pesan pada minggu lepas yang minggu ni aku buat midterm exam, so tolong datang awal dan tepat pada masa kuliah. perkara yang sama jugak yang berlaku. tepat jam10.20 pg aku kunci pintu. yang ada dalam kelas lebih kurang 10 orang. yang lain??? kemana???? aku taknak marah, sebab ini tak baik untuk kesihatan aku jugak.  aku agihkan kertas ujian. hampir 30 minit berlalu, ada beberapa orang pelajar baru sampai. maaf..anda lewat. itu saje yang mampu aku cakap.

bila cikgu diam, makin menjadi. bila cikgu membebel.. update status FB dengan macam macam emosi. wahai anak anak didik..ketahuilah oleh kamu...mematuhi displin masa adalah tuntutan kamu sebagai pelajar. bila cikgu diam bukan bermakna cikgu butakan mata tapi cikgu nak kamu fikir, apa yang perlu kamu laksanakan. tanggungjawab kamu adalah BELAJAR.

aku bukan kejam tapi aku nak kamu semua belajar erti susahnya menuntut ilmu kerana dalam tuntutan itu kamu perlu mengorbankan masa, wang, tenaga kamu untuk menjadi orang yang berjaya. bukan senang untuk berjaya wahai anak anak didikku.  sekarang mungkin kamu akan anti dengan cikgu yang tegas tetapi bila kamu berada di dunia sebenar, baru kamu akan tahu, akan betulnya kata kata cikgu kamu.

aku juga penat sebab:

menguruskan suami
menguruskan anak
menguruskan hal hal rumahtangga
menguruskan hal hal pejabat
mengajar
berkejar ke kelas sarjana

TAPI TOLONGLAH JANGAN MERUNGUT. aku hanya ingin berkongsi dengan kamu wahai anak anak didik ku. ada perkara yang aku belajar dari kalian semua, kerana menuntut ilmu ini tidak kira dengan siapa dan ia tak akan pernah habis. kita sama sama berjuang untuk menjadi ilmuwan.




6 comments:

  1. itulah kak, saya pun student jugak ..tapi kami budak broadcasting kena particular tentang timing...dan acik dah biasa kena datang awal

    ReplyDelete
  2. tindakan akak tu btul..
    sy pun pantang org yg suke melengahkan masa...
    pedulikan luahan hati fesbuk mereka tu... :)

    ReplyDelete
  3. menuntut ilmu buka sekadar belajar ilmu akademik semata-mata, tetapi juga belajar untuk menepati masa dan menghormati orang lain.. setuju dengan tindakan itu, biarlah mereka membenci kita pada masa sekarang.. di kemudian hari moga mereka menjadi manusia yang berguna..

    ReplyDelete
  4. Displin yg utama ialah menepati masa.. lebih2 lagi dlm menuntut ilmu...

    ReplyDelete
  5. yang penting disiplin dalam menguruskan masa..kalau itu terjaga inshaaAllah berjaya :) sabar ye kak

    ReplyDelete
  6. jasa guru sangat bermanfaat dan kena tahu bahawa kalian juga insan biasa..In Shaa Allah kerja itu satu ibadah dan ganjaran yg besar menanti di sana... ana singgah mlam ke sini..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya