1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, November 21, 2013

PERLU KE PEREMPUAN PANDAI MEMANDU???

Assalamualaikum...

salam pagi khamis. selamat berpuasa kepada bloggers yang menjalankan ibadah yang mulia. sebelum mommy mulakan cerita, marilah kita sedekahkan AL-FATIHAH untuk pejuang sejarah uthamaniyah..iaitu arwah adik ahmad ammar. Allah telah mencatatkan sesuatu yang indah untukmu. amin...

kembali pada tajuk di atas. perlu ke kaum hawa ni pandai memandu?? ada yang jawab tak perlu, katanya, buat apa pandai drive, nanti langkah panjang. biar lah suami aje yang hantar kita ke mana saja pun. itulah tugas suami, kata si polan. 

Ringkas saje jawapannya. itu pandangan si polan beberapa tahun yang lepas. semalam si polan yang merangkap kawan gaduhku setiap malam di watsap.hihihi..kami gaduh tapi kami rapat ok!!!  semalam..wat sap dia berbunyi

" ija..betul ckp u kan, isteri ni kena pandai drive dn harus belajar drive. sekarang baru i faham apa yang u maksudkan selama ni.  tq darl. evendo statement u tu boleh kasi jantung i tertusuk, tapi itulah kebenaran.tq u so dear frnz. xoxo.

si polan ku sayang ni, baru saja kehilangan sang suami tercinta. berpisah hidup. sang suami di rentap oleh si gadis yang ranum baunya. bukan kisah duka si polanku yang aku nak cerita, tetapi kisah dia yang baru belajar untuk memandu, baru belajar untuk mengisi petrol, baru belajar untuk keluarkan duit dari ATM, baru belajar untuk mengenal kesibukkan kota. alahai polan, naif sungguh. 

ya betul polan..kita sebagai perempuan dan juga isteri mesti tahu memandu, walaupun kita tak punya kereta sendiri, kerana kita tidak akan jangka , apa yang akan berlaku pada kehidupan kita satu hari nanti. kenapa kita perlu?? sebab ada ketikanya kita perlu laksanakan tugas tanpa suami di sisi. kita harus tahu semua perkara walaupun kita tak pernah laksankan tugas itu, sekurangya kita ada pengetahuan.  polan..tidak ada istilah terlewat pun dalam menuntut ilmu, biarlah perkara yang kamu ingin belajar sudah jauh ketinggalan. TIDAK ADA YANG TERLEWAT OK.

hAmpir menitis airmata semalam, bila mana wat sap polan masuk " ija.. macam mana prosedur nak buat ATM card." hati aku menjerit!!!!!!!! 

sayangku si polan..biar orang kata kita bodoh tanya itu ini, sekurangnya kamu ada belajar untuk memulakan kehidupan yang baru. so..terus lah belajar memandu wahai si polan ku sayang.  memandu bukan sahaja untuk kereta, tapi dalam kehidupan juga. 
xoxo untuk kamu polanku..


11 comments:

  1. Betul tu!!perempuan kena belajar kereta..jangan jadi macam saya ni dah nak berumur baru teregeh2 nak belajar kereta. Kaki pun dah keras & kaku nak main clucth, brek & minyak. Menyesal pun dah tak guna, tulah masa anak dara dulu tak belajar kereta sekarang baru engkau tahu hehehe...nak tak nak kena belajar juga demi keluarga. Sekarang ni saya tengah belajar kereta entah bilalah boleh test gan JPJ....

    ReplyDelete
  2. saya rasa itu amat perlu dalam kehidupan kita sekarang nie..
    bukanlah sebab utk langkah panjang,tetapi ia sekadar keperluan utk menghantar anak sekolah utk menjimatkan kos transport yang kian tinggi..banyak sebab lagi yang perlu kita lihat kenapa wanita perlu pandai membawa kereta..betul tak..

    ReplyDelete
  3. perlunya wanita tahu memandu.. bukan bermaksud untuk langkah panjang.. tapi kemungkinan pada masa akan datang kita dapat jangkakan..

    ReplyDelete
  4. wp ari2 bersama suami,saya tetap melakukan semua perkara secara sendiri..
    & diharap wanita itu tabah kerana akan ada cahaya di hari esok..

    ReplyDelete
  5. Mmg perlu utk wanita skrg berdikari... Skurg2 kita tahu hala tuju dan apa nk buat disaat kecemasan...

    ReplyDelete
  6. Wanita sekarang memang perlu berdikari...penting tu..

    ReplyDelete
  7. aah kan kak, semua benda harus dipelajari. even baiki lampu rosak. segala benda yg biasanya lelaki buat. mcm yg akak ckp kita x tahu apa yg berlaku thn mendtg. belajar pun 1 ilmu. makinj syok. tp tu je la..malas n rajin je..hikhik

    ReplyDelete
  8. pesan sepupu pada ank perempuannya ; walau hebat camna suami kita , kita perlu ada duit sendiri . sebab kita perlu bersedia utk hidup sendiri !

    ReplyDelete
  9. Bagi saya memandu itu satu kepentingan di zaman ini kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan tanpa bergantung kepada suami. Bersedialah menghadapi semua keadaan hidup yang tidak pasti.

    ReplyDelete
  10. Mmg menjadi keperluan dlm zaman skrng ni.. senang klu apa2 hal & keperluan yg perlu disegerakan...

    ReplyDelete
  11. perlu sangat..untuk kesenangan diri sendiri n family jugak kan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya