1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, January 7, 2014

CITA CITA ZARA

ASSALAMUALAIKUM

Ini cerita paling best pada 2 jan 2014. lepas habis waktu kerja, aku amek zara dari school. muka moyot aje. itu dah jadi perkara biasa sebabnya asyik nak ikut bestie ( eira ) balik rumah. pelbagai teknik dan cara lah mummy ni kalau bab memujuk, sebab aku tak suka kalau zara moody. bila mood zara dah stabil, dia akan mula bercerita apa yang dia buat kat school. aku yang excited!!!

zara : mummy..mummy..rara ( masih pelat sebut nama dia) nak gi bulan.

mummy : bulan? jauhnya. zara nak tinggal mummy ker? zara nak buat apa syg.

zara : rara nak jadi tronot, boleh tak mummy?

mummy : tronot tu apa sayang, mummy tak faham.

zara : walid..engok mummy ni. mummy tak pandai ( slang bila dia sebut pandai).

aku tahan aje nak gelak. sound is good..aku belajar perkataan baru dari zara iaitu TRONOT. 

semalaman aku duk memikir apa itu tronot dan kenapa nak ke bulan?? mummy pun jadi blur la zara wei, pening memikir assgment kelas mummy lagi, pikirkan exam lagi..hahahahha..sampai blur bila zara cakap dengan mummy, adusss nak kena pikir pula tronot tu apa.

sudahnya pagi jumaat, aku tengah layan tv kat hall, sambil tunggu my other half bersiap, zara datang kat mummy dan bawak buku " A TRIP IN SPACE" oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo..baru mummy dapat jawapan. zara nak jadi ASTRONAUTS rupanya. ya allah nak..tinggi sungguh impian mu nak. takut mummy. in shaa allah moga tercapai cita cita zara. cuma perlu tanamkan minat dari sekarang. zara..apa pun cita cita zara mummy dan walid sentiasa menyokong sayang.



bila bab cita cita teringat kat my niece ( angah amira). sejak usianya 6 tahun cita citanya nak jadi doktor. alhamdulilah..allah permudahkan dengan usahanya yang gigih. kini telah pun bergelar doktor dan bertugas di hospital ipoh.

suara hati : doa mummy dan walid moga zara sentiasa berusaha untuk mencapai impian. jangan pernah mengalah sayang.

                                      

12 comments:

  1. pandainya dia.. InsyaAllah berkat didikan ibubapa dan guru..tercapailah impian anak ija tu.. amin

    ReplyDelete
  2. semoga cita-cita zara akan menjadi kenyataan.. bijak betul zara.. :D

    ReplyDelete
  3. Siapa tahu cita2 tu menjadi kenyataan.. semoga Zara menjadi insan yg berjaya utk dunia & akhirat.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
  4. alahai comelnya... nanti dah besar mesti bijak ni

    ReplyDelete
  5. bagusnya cita2 dia .. moga tercapai bila besar nanti

    ReplyDelete
  6. alooo comelnya rara ^_^ amin mudah-mudahan satu hari nanti impian itu tercapai

    ReplyDelete
  7. Mudah mudahan cita² zara tercapai..hehe comel je sebutam tronot tu..

    ReplyDelete
  8. Mana lah tahu rezeki dia.. amin ibu itu sebagai doa untuk anak2.. :D

    ReplyDelete
  9. wah nak jd astronaut...chaiyok2 zara..^^

    ReplyDelete
  10. Oo..baca byk kali..zara nk jd angkasawan rupanya..hehe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak, hehe comelnya zara. besar cita2 dia. semoga tercapat impiannya. hehehe zara clever girl (",)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya