1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, January 10, 2014

HENTAK KEPALA ANAK

Assalamualaikum...

salam jumaat yang berkat. moga kita semua dalam pelihara allah swt. pagi ni aku ada cerita nak kongsi dengan anda semua. kisah sedih yang aku tonton dengan mata aku sendiri di pagi jumaat. sob..sob..

my other half turun isi minyak di stesen petronas seawal 6.45 pagi ( awal kan turun pegi keje). aku dan zara duduk dalam kereta. ada sebuah kereta proton satria merah berhenti betul betul di tepi kereta kami. bunyi bising dan marah marah dari arah kereta mereka. aku pun pusing la, bukan nak menyibuk tapi secara autamatik arahan dari minda aku. kih kih.. tapi sebaik je aku pusing, si ibu sedang menghentak kepala anak perempuannya dengan wallet yang agak besar jugak. zara terkejut dan kami diam dan hanya melihat. si ibu itu mengerling aje ke arah kami. bebelan si ibu makin deras dan keras. si anak kecil turun dan menuju ke kedai mesra petronas tapi pintunya masih berkunci, ya lah..belum jam 7 pagi. si anak itu melaung dari jauh pada si ibu. yang paling buatkan kami terkejut, belum sempat si anak bukak pintu kereta, si ibu menekal pedal minyak dengan amat deras. ya allah..kot yer pun jangan lah sampai macam tu. anak itu masih kecil usianya, lebih kurang 10 tahun, andaian aku jelah, lihat dari fizikalnya. hurm..zara terus peluk aku. 

hati aku tetiba jadi sebak.. di pagi hari si anak kecil itu dah terima hentakkan dari si ibu. awal pagi sebelum ke sekolah, hurmm..entahlah..taknak komen lebih. hanya allah yg tahu.

bila my other half masuk dalam kereta, zara terus cerita kat walid apa yang dia nampak, anak kecil usia zara pasti akan cerita dengan jujur apa yang dia nampak. zara terus cakp kat aku.

zara : mummy jangan ukul rara camtu ye mummy.

aku peluk zara dengan erat. hati kecilku aku menangis. mana mungkin mummy sanggup buat camtu nak. zara adalah anugerah terindah mummy, dan kekuatan mummy dan walid. 

pendapat aku, kalau sebesar mana pun salah anak..janganlah dipukul dan hentak. nasihat dan tegurlah kasih sayang, in shaa allah anak akan faham.

sekadar berkongsi cerita. bukan mahu menyibuk hal orang lain.

20 comments:

  1. ya Allah :( sedihnya jadi sampai macam tu.. huhu.. takut anak tu jadi trauma

    ReplyDelete
  2. sebahagian orang sangat inginkan anak bila sudah berumahtangga, dan ramai dari kita sayangkan anak-anak..., andaian sy mungkin si ibu yg memperlakukan anaknya macam tu mungkin sudah terbiasa dengan cara mereka dilayan masa mereka kecil dulu..wallhualam.

    ~ salam jumaat Ija.

    ReplyDelete
  3. Itulah kdg2 sesetengah manusia ni.. dah dianugerahkan anak, mendidik pula dgn cara2 mcm tu.. wallahualam.. Salam Jumaat Ija.. :)

    ReplyDelete
  4. Sampai hati si ibu memperlakukan anaknya macam tu... di permulaan hari plak tu... sedih plak rasa... terus teringat anak2 kat rumah...

    Salam kenal, Ija.... ^__^

    ReplyDelete
  5. ya allah... mama takde komen untuk ini... *touching..

    ReplyDelete
  6. Nak marah budak pun tak samapi hati inikan nak hentak kepala..macam takde sifat kemanusiaan je nak hentak kepala anak kan..ish ish..moga anak tu dapat kebahagiaan hidup hendaknya..aminn

    ReplyDelete
  7. apa perasaan anaknye tu..mesti sedih sangat2..semoga kita diberi kekuatan & kesabaran..
    sabar itu indah..

    ReplyDelete
  8. pengajaran yg kita dapat pada perkongsian ija pada kita semua,sedikit sebanyak membuat hati akak sedikit tersentap mendengarnya,dimanakan nilai murni kasihnya ibu kapada anak :(

    ReplyDelete
  9. macam sakit jiwa saja mak dia.. mungkin terlalu tertekan kot.. betul tu kak, walau sebesar mana pun salah anak kita janganlah dikasari dia.. kerana dia adalah anugerah yang paling bernilai yang Allah bagi.. ada orang tunggu bertahun-tahun nak dapatkan anak, dia senang-senang je hentak kepala anak dia macam tu.. langsung tak menghargai.. :(

    ReplyDelete
  10. kesian si anak... syaz pulak yang rasa sedih bila dgr cerita akak ni... smapai hati si ibu buat anugerah terindah dari ALLAH tu camtu :')

    ReplyDelete
  11. tak sanggup rasanya nak buat macam tu..kalau boleh nak elakkan..

    ReplyDelete
  12. kesian...bt anak smp cmtu..kot ye pun nk marah sgt jgn smp lepaskan pada anak..emm

    ReplyDelete
  13. kesian... nak bagi pengajaran perlu berjaga2 jangan sampai mencederakan

    ReplyDelete
  14. Jadi ibu bapa kena banyak bersabar dan kena banyak ilmu..

    ReplyDelete
  15. huish dahsyat kan..gerun tgk...
    jd parents kena byk bersabar

    ReplyDelete
  16. Ish kenapa la sampai mcm sekali dibuatnya.. xsyg anak ke.. xfhm la sikap sesetengah org nie kan..mohon supaya kita dijauhkan sifat sebegitu..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum kak, Allahuakbar. kenapa macam tu sekali ibunya? dia takada rasa sayang kat zuriat sendiri ke? sedihnya baca, semoga sheila dan suami jadi ibubapa yang terbaik untuk zuriat kami. huwaaa lagi sedih dengar zara kata gitu T_____________________T

    ReplyDelete
  18. kadang2 emosi dah tak terkawal, tu la yang jadinya kan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya