1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, January 30, 2014

kehidupan itu sebuah universiti

assalamualaikum..

jika semua yang kita inginkan , kita boleh milikinya, dari mana kita belajar IKHLAS . jika semua apa yang kita kehendakkan akan ada didepan mata, dari mana kita belajar erti SABAR. jika setiap doa kita terus allah kabulkan, dari mana kita belajar IKHTIAR.

BILA SESEorang itu dekat dengan allah, tak semestinya tidak ada airmata. seorang yang taat pada allah bukan bererti dia tidak ada kekurangan. sesorang yang tekun berdoa, dia pun tetap ada masa susahnya. biarlah allah yang tahu sepenuhnya ke atas hidup kita, kerana DIA tahu yang tepat dan terbaik untuk hambanya.

seBAB ITU

ketika kerja kita tidak dihargai, maka kita sedang belajar erti ketulusan.
ketika usaha kita dinilai tidak penting, maknanya kita sedang belajar untuk IKHLAS.
ketika hati kita terluka sangat dalam, maka saat itu kita sedang belajar untuk memaafkan.

ketika kita lelah dan kecewa, maka saat itu kita sedang belajar tentang kesungguhan.
ketika kita sepi dan sendiri, kita belajar tentang ketangguhan.
ketika kau harus membayar yuran pengajian, maka saat itu kita sedang belajar tentang kemurahan hati.

terus semangat!
terus sabar!
terus senyum!
kerana kita sekarang sedang menimba ilmu di universiti kehidupan.

kita dibentuk melalui kesukaran dan air mata.

moga pembacaan aku di berkati allah hendaknya dan dikongsi dengan sahabat sabaht.

2 comments:

  1. Nice share.... Kalau sesekali gagal belajar yg sepatutnya, jgn diulang kesalahan itu... Semuga kita sentiasa dalm bimbingan Allah...

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah.. perkongsian yg sgt baik Ija.. t kasih..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya