1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, January 28, 2014

UBAT PENAWAR DERITA

ASsalamualaikum sahabat sahabat bloggers

berkongsi satu kisah motivasi. moga dapat jadi panduan untuk kita semua.

kisah seorang ibu muda yang sudah berhari tak makan, menyebabkan berat badanya makin susut. ibu muda pergi berjumpa seorang tabib untuk memeriksa denyut nadinya, lalu tabib itu bersuara.  "anda terlalu banyak memendam masalah dalam hati anda sehingga badan anda sangat lemah. sebenarnya anda tidak ada penyakit yang parah"

setelah mendengar diognosis tabib itu, ibu muda merasa sangat lega seperti terlepas beban yang berat. kemudian..ibu muda itu mula bercerita semua masalah kehidupannya pada tabib yang merawatnya. tabib tua mula bertanya. : "bagaimana perasaan suami puan terhadap puan?"

ibu muda menjawab dengan penuh senyuman. " dia sangat menyanyangi saya. " tabib itu bertanya lagi " kamu ada anak?" dengan penuh ceria si ibu muda menjawab " ada..seorang puteri yang sangat baik".

TABIB itu menulis sesuatu pada dua helai kertas dan diberikan pada si ibu muda itu. satu helaian ditulis masalah dan satu helaian ditulis kisah suka dan gembira. ibu muda menyambut helaian itu dengan senyuman dan ditulis satu persatu di setiap helaian yang diberi tabib.

selepas selesai menulis, tabib itu mengambil segelas air kosong dan di titisnya setitik warna hitam dan serta merta warna hitam itu merebak ke permukaan air. tabib itu bersuara " bukankah kehidupan kita juga begitu??


sering kali beban penderitaan
yang begitu berat kita
rasakan kerana kita pakukan semua masalah
tanpa kita campurkan dengan air kehidupan.
cubalah belajar untuk mencampurkan
sedikit demi sedikit
sukacita dengan masalah..
beban hidup juga
akan terasa lebih ringan.

insyallah...

10 comments:

  1. Assalamualaikum kak ija. nice sharing kak. sorry terpublish gambar pulut mangga. hehee. mak buyung nak juga ke? hihi. Kak, lasagna beef tu teringin nak rasa.. akak jual ek? area kl/pj ada pos atau COD? heee

    ReplyDelete
  2. Kalau asik pikir prob je mmg stress, pikir jugaklah apa yg buat kita bahagia...

    ReplyDelete
  3. In Shaa Allah.. apapun ketnangan itu hanyalah bila kita bsama Allah...

    ReplyDelete
  4. betul tu, adakalanya hanya dengan satu masalah kita lupa dengan 10 kegembiraan yang mengelilingi kita.

    Assalamualaikum mawar.

    ReplyDelete
  5. entri ini sangat bermakna... setiap masalah itu tak perlu di fikirkan tetapi di jalani dan menghadapinya dengan ketenangan

    ReplyDelete
  6. Mohon singgah ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  7. masalah itu rencah kehidupan ... terjah jer . alah bisa tegal biasa .

    ReplyDelete
  8. Kalau tiada masalah, manusia ni takkan mengenal erti manis kesyukuran.. t kasih diatas perkongsian yg baik utk direnung bersama kita semua... :)

    ReplyDelete
  9. oh terima kasih sgt2 sebab post benda ni.lepas baca tiba2 terus rasa ringan sangat, tiba2 rasa hilang je semua masalah.thank u so much !! :)

    ReplyDelete
  10. hadapi masalah dan cari jalan penyelesaian dan bukan lari dari masalah..InshaAllah ada jalannya :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya