1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, February 14, 2014

AYAH

candid pic#maafkan saya ye si ayah#
assalamualaikum..

moga jumaat yang mulia memberi keberkatan pada kita semua. amin. gambar di atas tu aku snap pagi tadi, aku tergerak hati untuk snap pakcik ni sebab aku tiba tiba rindukan ayah. bukan kerana wajahnya, tapi kerana prilakunya mengingatkan aku pada ayah.

kisahnya macamni, pagi tadi sebelum ke tempat kerja, aku ke sekolah bangsar, ada kawan aku order lasagna, so seawal pagi aku turun dari rumah. sampai kat sana, memang timing budak budak masuk sekolah...7.30pg. sementara tunggu kawan aku kat depan pagar sekolah, tetiba ada sebuah motor berenti sebelah kereta aku. anak dia turun, ayahnya pun turun, ayahnya tanggalkan helmet dari kepala anaknya. ayahnya galaskan beg si anak gadisnya, ayah betulkan tudung anaknya. then ayah keluarkan dompet dan kuarkan beberapa not biru untuk bekalan si anak nanti. lepas tu anak menyalam si ayah, dan si ayah mencium dengan penuh kasih..dan menghantar anak sampai ke pintu pagar. 

si ayah masih berdiri, melambai lambai anaknya, menghantar anaknya dengan pandangan mata sehingga anaknya betul betul hilang dipandangan (masuk kelas).  berlinang mataku, oh ayah..betapa hebatnya kasihmu dalam memastikan anak selamat dan berjaya.

lepas my bff aku amek lasagna, aku terus memecut ke tempat keja. sampai ofis, aku text my bff yang mengajar kat sekolah bangsar tadi, sebab sebelum aku balik, lepas aje deliver lasagna, my bff sembang dengan si ayah tadi.

sibuk betul aku ni nak tahu pasal si ayah tadi, entah kenapa, bukan menyibuk tapi sekadar ingin tahu. bila my bff text aku dengan panjang lebar, lagi aku rasa simpati. si ayah..saya doakan semoga urusan si ayah dipermudahkan oleh allah swt.

si ayah tadi tu adalah ajk PIBG sekolah dan telah di tipu oleh kawan baiknya sebanyak 40 ribu kononya ada projek mega dengan KPM. kawan baiknya juga adalah ajk PIBG sekolah, sebab tu dia bersembang dengan muka yang serius dengan my bff.

moga Allah swt membalas setiap penat lelahmu ayah..kerana kasih dan sayangmu pada anugerah allah tidak berbelah bahagi.amin.

suara hati: rindu pulak kat ayah dan mak. moga mereka sentiasa dalam peliharaan allah swt.

9 comments:

  1. sayunya baca cerita ni...pengorbanan ayah mmg besar :( ok nak call ayah sekarang.

    ReplyDelete
  2. Pengorbanan ayah ni mmg besar.. kdg kala tak perasan.. tapi bila berjauhan pasti timbul sayu.. Salam Jumaat Ija.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak ija.. oh ada cerita lain pasal pakcik ni ya.. bestnya... sheila tak dapat rasa pun camtu, tapi bersyukur papa masih sihat alhamdullilah. Tak sabor nak jumpa next week ! hiewhiewww ~~~

    ReplyDelete
  4. pengorbanan ayah tak byk beza dgn ibu ... doa org yg teraniaya tu makbul . mudah2n dia x terlepas cakap ...

    ReplyDelete
  5. kasih ayah sepanjang masa...
    nice...singgah...follow

    ReplyDelete
  6. semuga Ayah tu abar dgn dugaan Allah ni...

    ReplyDelete
  7. aiza pun rasa sedih membaca entri ini terutamanya berkaitan layanan ayah tu terhadap anak gadisnya.. teringat kembali arwah ayah aiza.. kali terakhir aiza bertemu arwah ayah ketika dia menghantar aiza dan adik ke sekolah.. ayah aiza kemudiannya ke tempat kerjanya dan meninggal dalam kemalangan jalanraya..

    ReplyDelete
  8. sy baca pun turut sedih... teringat apa yg abah sy lakukan dulu..
    hantar smpai ke kelas.. syg abah sgt2..
    pnah satu hari sy lupa bawak beg sekolah..
    dh smpai sekolah br sedar x bwk beg..
    abah x marah pun, abah terus patah balik rumah amek beg sekolah dan hantar kpd sy..
    kasih syg seorang ayah jgn lah dilupakan...

    ReplyDelete
  9. ...tahun lpas sempat hantar Hanis dan ambilnya masa balik sekolah, tapi tahun ni dah tak berkesempatan dgn tugas yg memerlukan pada masa2 itu....maka tugas tersebut diserah pd driver van skolah...terasa ralat jugak lah..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya