1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, February 13, 2014

DULU SUSAH..IMPIAN DI KETEPIKAN

assalamualaikum..
sahabat sahabat blogger alam maya dan alam nyata..moga sentiasa dalam peliharaan allah hendaknya. actually hari ni jadual aku penuh dari pagi sampai petang. tapi aku nak curi masa sekejap. menulis catatan tentang sorang pelajar.  lepas habis mengajar kuliah pagi tadi, hati aku ni tak sabar nak menulis dan berkongsi sesuatu yang membuatkan aku bangga dan terharu.

sebelum tu, alhamdulilah kelas Teori Analisis dan Interpretasi Teks berjalan dengan baik, kehadiran penuh, harapan aku biarlah kehadiran penuh hingga ke minggu terakhir ya..insyallah. 

minggu ni adalah minggu kedua kuliah, masih dalam proses tambah gugur subjek, so tadi ada sorang pelajar cina yang agak berusia ( dia adalah pelajar elektif dari fakulti rekaan komunikasi visual) duduk di antara pelajar pelajar fakulti theatre. aku pun ringan lah mulut ni bertanya, sebab minggu lepas aku tak nampak dia datang ke kuliah aku. bila dia jelaskan, baru faham.

majoriti kelas semuanya melayu dan penyampaian aku pun dalam bahasa melayu, nasib baik pelajar cina yang namanya Kay( aku pendekkan namanya)  dapat memahami dan mengikuti sesi kuliah pagi tadi. itu serba sedikit apa yang berlaku, tapi yang aku nak kongsikan adalah semangat Kay dam cita cita kay. 

Lepas habis kuliah, semua pelajar angkat beg dan keluar membawa haluan masing masing, mayb ke cafe sebab kelas pagi kan, lapar la tu semua. kay paling lewat keluar, dia tunggu aku kemaskan barang pengajaran aku. kami sama keluar dari bilik kuliah dan kay mula bertanya macam macam perkara dengan aku perihal kelas minggu lepas yang dia tak datang kerana belum mendaftar. dalam perbualan itu sempat lagi aku menyelit, 

aku : you cuti belajar or part time student kay?
kay : full time puan. tapi before that i keje as a techinal support.
aku : technical support tapi kenapa u masuk course rekaan ( lukisan)? 
kay : puan, dulu family i susah, so i kena belajar course yang boleh memberi mereka duit. then bila i sudah keje, i fikir, sampai bila i perlu pendam my dream. then i take d decision untuk further study supaya one day i tak menyesal sepanjang i hidup kerana tak capai mimpi i.  biar lambat puan asalkan kita dapat pegang mimpi kita. 
aku : yeah..exactly kay, i doakan u akan pegang ur dream. wish luck.

sambil berjalan nak sampai opis, terlinga aku ni masih bergema dengan kata kata kay. komitmen untuk terus mencapai mimpinya tak pernah padam walaupun sudah berusia..(40+) moga satu hari kay akan berjaya sebagai pelukis dan mimpinya. adakah mimpi aku sudah tercapai?? mimpi anda??

8 comments:

  1. mimpi sy? belum lagi... masih berharap kalau ada izin Allah... usaha yg penting kan? tak kisahlah umur bape dah..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak ija.. baru tahu akak ni pengajar rupanya. hehe. bagusnya Kay tu. Kuat semangat dia, berazam nak capai impian dia..

    ReplyDelete
  3. Menyahut seruan impian mmg satu perkara yg sgt baik.. hasrat Kay itu mmg sgt bagus utk dijadikan contoh.. pengorbanannya utk kebaikan keluarga & kini menapak impian utk cita2nya.. semoga beliau berjaya & semoga Ija juga beroleh jalan kejayaan dlm mengapai impian hidup, in shaa Allah.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
  4. kesian sgt sbb terpaksa giv up hope sebab tak mampu.. :( dulu masa zama uni pun ada jugak member yg terpaksa tukar course sebab phtography mahal sangat.

    ReplyDelete
  5. memang betul-betul bersemangat kay.. semoga beliau berjaya mencapai impiannya..

    ReplyDelete
  6. teruskan jika itu matlamat kita.... usaha pasti berjaya

    ReplyDelete
  7. masih belum tercapai..dan masih berusaha untuk mengapai mimpi itu...

    ReplyDelete
  8. sy pun ada impian.. harap impian jd kenyataan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya