1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, February 18, 2014

GADIS BUTA

kisah seorang gadis buta yang sangat membenci dirinya sendiri kerana matanya tidak dapat melihat seperti orang lain. dia juga membenci semua orang disekelilingnya kecuali kekasihnya.

kekasihnya selalu ada disampingnya untuk menemani dan menghiburkannya. sang kekasih berkata pada gadis buta itu, yang dia akan menikahi gadisnya kalau gadisnya itu dapat melihat dunia.

pada suatu hari, ada seorang insan yang telah bermurah hati mendermakan sepasang mata kepada gadis itu dan akhirnya dia boleh melihat dunia dan juga kekasihnya.

kekasihnya bertanya kepada gadisnya, " sayang..sekarang kau sudah boleh melihat dunia, adakah kau mahu berkahwin dengan aku?. gadis itu terkejut ketika melihat kekasihnya itu ternyata buta. terus gadis itu menolak kekasihnya yang buta matanya, dan juga yang sangat setia mendampinginya selama ini.

akhirnya kekasihnya itu pergi dengan menitiskan airmata dan kemudian meninggalkan sepucuk surat pendek untuk gadisnya. " sayangku..tolong jaga baik baik mata yang telah aku berikan padamu"

gadis itu menangis dan menyedari kebodohannya. betapa besarnya pengorbanan kekasihnya selama ini tapi kekasihnya telah pergi dengan membawa hati yang terluka.

suara hati : kisah di atas memperlihatkan bagaimana manusia boleh bertukar fikiran setelah status hidupnya berubah.

10 comments:

  1. Betul tu Ija... senang manusia berubah apabila dia mendapat nikmat .... Moral of story jangan lah kita lupa diri dan kufur nikmat yg Allah berikan ...

    ReplyDelete
  2. begitulah lumrah kehidupan hari ini ija...

    ReplyDelete
  3. sedihnya kisah ini.. hargailah apa yang kita ada.. pasti kita akan menyesal apabila ianya telah tiada..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak ija. alahaii kesiannya baca cerita ni. kisah benar ke kak?

    ReplyDelete
  5. kisah pengajaran... jangan mudah lupa diri walaupun kita berjaya memiliki apa yang dicita...

    ReplyDelete
  6. perkongsian yg menarik..

    Moral of story..sentiasa mengsyukuri dan redho dengan rahmat yg diberikan..jangan lah kita kufur akan nikmat dari NYA

    ReplyDelete
  7. pernah dengar kisah nie... tapi skg agak2 ada lagi ke yang sanggup berkorban macam tu??hii

    ReplyDelete
  8. cik penah bace cite ne..memang sedih lah..
    tak bersyukur tu name nye...huhuhu

    ReplyDelete
  9. mmg betul Ija.. manusia ni ada yg mudah lupa..semoga kita semua sentiasa tergolong dikalangan org2 yg sentiasa mensyukuri nikmatNya.. aamiin...

    ReplyDelete
  10. Kebanyakkannya macam tu la kan....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya