1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, February 21, 2014

my LIFE AS A CONVERT

assalamualaikum..
 moga hari jumaat ini membawa keberkatan pada kita semua. berkongsi artikel yang berunsurkan keagamaan adalah untuk peringatan diri sendiri supaya tidak tergelecuh dari landasan ALLAH swt. sesungguhnya perkongsian itu memberi keberkatan pada kita semua. aku memohon dan mendambakan syafaatNYA.

KISAH ini berlaku di kota Array, terdapat Qadhi yang kaya raya. suatu hari kebetulan hari asyura dan datanglah seorang miskin meminta sedekah. lantas qadhi menjawab: " datanglah selepas waktu zohor!"

selepas sembahyang zohor, orang miskin itu datang lagi untuk memenuhi janjinya. Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas asar. apabila dia datang lagi selepas solat asar, ternyata qhadi tidak memberikan apa apa. maka beredarlah si miskin itu dengan perasaan yang sungguh kecewa. sedang si miskin berjalan mencari cari. dia sedang melintas  di hadapan rumah seorang kristian..dengan menebalkan mukanya, si miskin meminta sedekah daripada orang kristian itu.
" tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini, berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya".

si kristian bertanya: " hari apakah hari ini?" si miskin menjawab : " hari ini hari asyura", sambil si miskin menjelaskan keutamaan dan kisah kisah hari asyura. kelihatan orang kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si miskin dan hatinya berkenan untuk menghulurkan sedekah.

"katakan apa sahaja hajatmu?" tanya si kristian.
" saya perlukan 10 keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham".
si kristian itu memberi keperluan yang diminta oleh si miskin. 
si miskin itu pulang dengan gembira.

si Qadhi yang kaya raya itu telah bermimpi dalam tidurnya;
"angkat kepalamu" satu suara yang keras dalam mimpinya. sebaik sahaja ia mengangkat kepalanya, tiba-tiba tersergam dihadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. sebuah bangunan diperbuat daripada batu batu bersalut emas dan sebuah lagi dari yaqurt yang berkilauan warnanya. : "ya tuhan..untuk siapakah bangunan yang sangat cantik ini?". semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu memenuhi hajat si miskin itu. kini bangunan itu dimiliki oleh seorang kristian."

Apabila qadhi bangun dari tidurnya, dia terus pergi ke rumah orang kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. " amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik". tanya qadhi. orang kristian itu telah menceritakan amal yang dia buat sempena hari hari asyura iaitu bersedekah kepada si miskin.

kata qadhi: " jual lah amal itu kepada aku dengan harga 100 ribu dirham". jawab kristian 
" ketahuilah wahai qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima allah tidak dapat dijual beli". jawab si qadhi lagi
"mengapa kau begitu kedekut, sedangkan kau bukan seorang islam? 

ketika itu juga orang kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengaku kebenaran agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw.

suara hati : tak rugi kalau bersedekah, banyak atau sikit itu bukan soalnya. kerana allah tidak mengukur tinggi mana atau tangan siapa yang menghulurkan sedekah , tapi asalkan dengan niat yang ikhlas untuk membantu tanpa meminta apa pun balasan. moga diri aku ni sentiasa beringat, sharing is caring. 

18 comments:

  1. Subhanallah.. satu perkongsian menarik di pagi jumaat penghulu segala hari ini...

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah... Hebatnya perkongsian ini Ija... tq for sharing :)

    ReplyDelete
  3. hari jumaat bykkan bersedekah kan...nice share...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak ija. thanks sharing. Subhanallah. Kuasa Allah... pengajaran yang cukup bagus untuk kami semua... Allahuakbar ~~~

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi dengar org jatuh bankrap kalau sedekah...insyaAllah Allah bls yg lain nanti :D

    ReplyDelete
  6. subhaallah.. begitu besarnya pahala mereka yang bersedekah kerana ikhlas..

    ReplyDelete
  7. jemput join meriahkan segmen saya.... :)

    http://suanazhar.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html

    ReplyDelete
  8. nice story.. bersedekahlah kerana didalam sedekah ada hikmah..

    ReplyDelete
  9. betapa besarnya pahal bg org yang bersedekah..tidak akan miskin bg orang y bersedekah

    ReplyDelete
  10. Salam kenal dari Che Mid..rasa sejuk hati masuk blog ni..jom singgah blog Che Mid k..

    ReplyDelete
  11. " ketahuilah wahai qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima allah tidak dapat dijual beli". jawab si qadhi <--- tersentuh bahagian ni... thanks kak for sharing

    ReplyDelete
  12. Perkongsian yg menarik...Thnks ..
    Selamat berhujung mnggu...



    ReplyDelete
  13. memberi makin berbaki
    bersedekah makin bertambah..

    ReplyDelete
  14. Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang hanya meminta-minta...

    ReplyDelete
  15. Salam perkenalan :) ROs singgah sini dan follow :)

    ReplyDelete
  16. tq for sharing. salam perkenalan dari me http://irynsahmad.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya