1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, February 10, 2014

PAHLAWAN NERAKA

assalamualaikum

selamat hari isnin dan hari awal untuk memulakan tugas. moga permulaan ini berjalan dengan baik..insyallah. moga pengisian hujung minggu yang manis memberikan senyuman untuk meneruskan hari hari bekerja. 

hujung minggu semalam menghabiskan masa masa emas di rumah dengan si kecilku. dua hari perlu di manfaatkan dengan sebaiknya, kalau tak mood zara akan sweng sweng ( tak berapa nak elok la). lepas zara tido baru lah mummy boleh laksanakan aktiviti kegemaran mummy ler.

tak mau citer pasal aktiviti aku, tapi aku nak kongsi satu kisah yang aku baca. tajuknya macam kat atas PAHLAWAN NERAKA.

kisah di zaman Rasullah saw. telah berlaku satu pertempuran diantara pihak islam dengan pihak musyrik. kedua dua pihak berjuang dengan hebat sekali, tiba saat pertempuran di hentikan seketika  dan kedua dua pihak ini pulang ke markas masing masing.

nabi muhammad saw berkumpul dengan para sahabat untuk berbincang tentang pertempuran yang mereka alamai itu masih terbayang bayang diruang mata. dalam perbincangan itu mereka begitu kagus dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu qoatzman. semasa bertempur qoatzman kelihatan seperti singa lapar yang membaham mangsanya. kerana keberaniannya, dia telah menjadi buah mulut para pejuang.

" tidak ada seorang pun yang dapat menandingi kehebatan qoatzman" kata salah seorang sahabat. apabila mendengar perkataan itu, Rasullah saw menjawab, " sebenarnya dia adalah golongan neraka". para sahabat hairan dan saling berpandangan antara satu sama lain. Rasullah saw lantas menjelaskan bahawa, semasa qoatzman dan aktsam mengalami luka parah, qotzman membenam pedang ke dadanya kerana dia tak tahan menanggung kesakitan yang dialaminya. akhirnya dia mati bukan berlawan dengan musuhnya tapi membunuh diri. menurut rasullah saw lagi qoatzman ada mengatakan " demi allah aku berperang bukan kerana agamaku tetapi kerana sekadar menjada kehormatan kota madinah, kalau tidak kerana itu aku tidak berperang.

riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim

suara hati: berjuanglah kerana ALLAH swt.

9 comments:

  1. hai ija..:)
    satu perkongsian yg baik..berjuang demi kebaik, perlukan sedikit pengorbanan..:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsiannya kak ija.. sangat seronok membaca entri seperti ini

    ReplyDelete
  3. laa...kan x blh membunuh diri..pengajaran yg sgt baik
    harus kita tetapkan iman kita, berkorban ikhlas keranaNya

    ReplyDelete
  4. assalam,

    perkongsian yang sangat baik..

    ReplyDelete
  5. astagfirullah al azim.. moga2 kita hidup dan mati dalam islam..

    ReplyDelete
  6. masya-Allah.. semoga kita tidak tergolong di kalangan manusia yang begitu..

    ReplyDelete
  7. Astagfirullah... perjuangan yg baik tp sayangnya, beliau tak menyampai kpd Allah bila mati.. semoga kita semua ttp berada diatas jln Allah swt... aamiin..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya