1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, February 19, 2014

SUCCESS

KISAH MOTIVASI
by jack canfield

kisah kali ni tentang seorang anak muda yang sangat menyukai boneka hinggakan dia belajar bagaimana menjadi pembuat boneka. TETAPI HAMPA, anak muda ini kelihatan sangat kekok.  cikgu serta pelajar yang lain mengatakan bahawa dia tidak ada kemampuan untuk membuat boneka.

walaupun dikata tidak berbakat dalam menghasilkan boneka, anak muda ini tidak pernah berhenti untuk menghasilkan boneka dan sentiasa bekerja keras, sehinggalah pihak pusat latihan menyingkirkan dia dari latihan buatan boneka kerana hasilnya tidak menepati pihak atasan.

Tetapi anak muda itu tidak cepat melatah, dia telah nekad untuk menghabiskan seluruh masanya untuk menghasilkan satu jenis boneka. setiap kali ada kekurangan pada bonekanya, dia akan membuang dan bermula dari awal. tahun demi tahun pun berlalu, dengan setiap percubaan barunya, bonekanya menjadi sedikit lebih baik. 

kini, bonekanya jauh lebih baik dari kawan kawannya. walaupun begitu, anak muda ini tetap melakukan perubahan, mencari kesempurnaan. hidup seperti itu menjadikan anak muda ini kurang mampu mencari nafkah dan ramai kawan kawan mentertawakan keadaanya yang miskin.

ketika usianya sudah semakin tua, karya bonekanya menjadi sangat indah. setelah berpuluh puluh tahun bekerja dan menghasilkan boneka, dia berkata: " aku tidak melihat kekurangan, kali ini hasilnya sempurna" dan untuk pertama kalinya selepas berpuluh tahun dia membuang boneka, kali ini dia menyusun kemas di atas rak. dia benar-benar puas dan bahagia. 

dan sisa ceritanya menjadi sejarah.



suara hati: membina kejayaan kita dari hal hal yang kita sukai dengan ketekunan dan semangat yang tinggi, serta terus berusaha memperbaiki maka apa pun yang kita hasilkan akan menjadikan waktu dan bakat kita lebih bernilai.

5 comments:

  1. yang penting jgn give up je kan .

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak ija, wahh bersemangat sungguh. tak mudah give up. teladan yang harus dicontohi ~~~

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum w.k.t, jangan pernah putus asa ^_^ kisah yang baik sekali.. terima kasih kak

    ReplyDelete
  4. Mahu seribu satu kemahuan jangan ada seibu satu alasana.. :D
    biar melangkah satu tapak kehadapan biar pun ia sedikit tapi ia tetap mara :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya