1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, February 11, 2014

tELATAH MANUSIA

assalamualamualaikum...

salam kasih dan sayang untuk rakan rakan. moga ikatan ukhwah ini terjalin dengan indah. jom baca satu kisah LUQMAN AL HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA.

dalam sebuah riwayat ada bercerita. pada satu hari luqman hakim telah masuk kedalam pasar dengan menaiki seekor himar ( keldai), sementara anaknya ikut dari belakang. melihat tingkah laku luqman, orang yang melihat pun berkata, " lihat orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki". bila mendengar desas desus orang bercakap, maka luqman pun turun dari himarnya lalu dia meletakkan anaknya diatas himar itu. melihat anak di atas, sekali lagi org berkata, : lihat orang tuanya berjalan sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

sebaik sahaja mendengar orang masih bercakap, luqman terus naik keatas belakang himar bersama-sama dengan anaknya. kemudian orang ramai pula berkata, " lihat dua orang itu menaiki himar, sungguh seksa himar itu menanggung beban yang berat." oleh sebab luqman tidak suka mendengar percakapan orang, maka luqman dan anaknya turun dari himar itu. apabila mereka berdua berjalan kaki, sekali lagi orang ramai bercakap, : dua orang berjalan sedangkan himar itu tidak dinaiki. 

sesampainya di rumah, luqman al hakim menasihati anaknya dengan berpesan, " wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara iaitu: tipis keyakinan (iman) lemah akalnya (mudah tertipu) dan hilang kemuliaan hatinya dan lebih tidak elok, ialah orang yang suka merendah-rendahkan orang lain.

suara hati: janganlah diri aku ni merendahkan orang lain, moga allah pelihara kita semua. sebesar mana pun gaji dan pangkat dalam kehidupan, kita tetap akan kembali dengan sehelai kain putih. untuk diri sendiri. 

4 comments:

  1. Buatlah yang terbaik untuk diri dan keluarga dan buatlah kerana Allah.
    Kalau diikut cakap orang semuanya jadi salah so pandai2lah menilai.
    Salam khamis Ija.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah ! Satu peringatan buat saya.. Muhasabah diri :(

    ReplyDelete
  3. doakan yang terbaik untuk sekalian umat manusia :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya