1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, March 13, 2014

BIARPUN WAKTUNYA LEWAT


Tengku Hamzah suamiku..
detik 13.03.2009, 8.15 malam 
dengan sekali lafaz
aku sah suri hidupmu.

kita di satu kan
tanpa kenal hati budi
kita bersatu jiwa
tanpa cinta
kita layari kehidupan
demi insan bernama mak

ya rabbi ya amin
demi mak aku tinggalkan 
sang kekasih
demi mak
aku hancurkan hati si pencinta
demi mak
aku toreh hatinya
dan demi mak
aku menjadi suri hidupmu

perjalanan ini tidak indah 
perjalanan ini penuh duka
perjalanan ini penuh duri
perjalanan ini penuh kesakitan
perjalanan ini penuh penderitaan

satu hari, ku letakkan kepala
di pangku MAK,
ingin ku luah
"wahai MAK..anakmu ini tidak bahagia"
tapi aku tidak mampu, 
aku takut mak menangis
aku takut mak sedih
aku takut mak kecewa
dan kerana aku takut hukuman ALLAH
tetapi naluri mak tahu
" dia boleh memimpin kamu dunia dan akhirat, carilah kasih sayang, carilah harapan dalam jiwa suamimu kerana ALLAH , insyallah hati kamu redha. percaya lah cakap mak"

hari demi hari
minggu demi minggu
bulan demi bulan
tahun demi tahun
aku pupuk rasa cinta
aku tanam rasa sayang
kerana ALLAH swt.

alhamdulilah..cinta datang meresap ke jiwa ku, biarpun waktunya lewat.
alhamdulilah.. allah makbulkan doaku..biarpun waktunya lewat
alhamdulilah..aku masih bertahan..biarpun waktunya lewat
alhamdulilah..allah makbulkan doa mak, biarpun waktunya lewat

Tengku Hamzah..
selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 5.
terima kasih kerana sentiasa menjadi yang terbaik
terima kasih kerana sentiasa bersabar
terima kasih kerana setia
terima kasih atas doa
terima kasih atas kasih sayang
terima kasih atas pengorbanan
terima kasih atas cintamu yang sangat hebat
biarpun waktunya lewat.

saat ini aku menangis
kerana hati aku sangat mencintaimu
ampunkan aku wahai suami.

mak..terima kasih atas hadiah yang sangat bernilai
biarpun waktunya lewat. aku sayang mak dunia dan akhirat.
aku turut kata mak  kerana ALLAH 
kerana redha ALLAH terletak pada redha seorang MAK.

kesayanganmu...


10 comments:

  1. haapy aniversary.
    semoga cinta ke jannah..
    insyallah.

    ReplyDelete
  2. akak kawen pilihan keluarga ke? subhanallah,, tabahnyer hati akak meninggalkan kekasih lama... semoga sy pun mendapat ketabahan yg sama...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak ija, alhamdullilah. berkat jodoh pilihan keluarga. syukur, semoga berbahagia bersama suami hingga ke Jannah.. sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete
  4. semoga bahagia hingga ke syurga dear... amin..

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah..cinta selepas kahwin lebih indah dan membahagiakan untuk kak ija.. selamat ulangtahun kak dan suami..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah 5 tahun .. Salam Ulang Tahun perkahwinan :D

    ReplyDelete
  7. selamat ulangtahun ke-5.. semoga rumahtangga diberkati oleh Allah selalu dan kekal bahagia hingga ke syurga.. :D

    ReplyDelete
  8. happy anniversary...moga kekal bahagia .

    ReplyDelete
  9. Selamat ulang tahun perkahwinan akak dah husband yang kelima..Moga kekal bahagia hendaknya..Aminnn

    ReplyDelete
  10. Selamat ulangtahun perkahwinan. Semoga kekal hingga ke Jannah.. Jemput singgah blog saya juga. Salam perkenalan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya