1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, March 10, 2014

DEMI SEBUAH KEHIDUPAN

ehsan pak google

assalamualaikum sahabat bloggers. dua minggu aku biarkan blog ini sepi tanpa cerita, tanpa berita dan dua minggu juga aku tak menjengah sabahat sahabat bloggers. rindu nak blogwalking tapi keadaan yang tidak mengizinkan. ada kisah di sebaliknya kenapa aku menyepi dan membiarkan hati ini tenang untuk beberapa waktu.

28/2/2014 jam 2.00 pagi, aku mengalami tumpah darah yang agak teruk. my other half terus bawak ke hospital. dalam perjalanan ke hospital aku cuba positifkan diri aku yang my baby still safe. tangisku menemani perjalanan kami ke hospital, sakit + my baby.

sampai kat hospital, terus ke emergency room, ...................................................
" heart bit baby dah stop, means ur baby tak dapat di selamatkan. aku pejamkan mata aku, dalam hati " gugur lagi " kali ni 16 minggu. ini kali ke 3 aku keguguran, yang pertama sebelum dapat zara, masa tu 3 minggu, second masa age zara 2 years, masa tu 2 minggu dan kali ni yg ketiga. ya allah....sesungguhnya aku tak kuat kali ni.

cik nurse sedarkan AKU dari lamunan. aku perlukan induce bagi lahirkan janin yang sudah tidak bernyawa sekecil 16 minggu itu secara normal. alhamdulilah..semuanya di permudahkan ALLAH swt hendaknya.  kali ni aku lemah...aku sungguh lemah ya allah. lemahnya semangatnya, lemah badanya, lemah jiwanya. tapi aku kena kuat supaya tidak berlama di hospital, kerana tinggal di wad buatkan jiwa aku tak berapa nak tenang. oh sayang, kau tak mampu juga bertahan di rahim mummy sayang.......

doktor benarkan aku pulang waktu petang, alhamdulilah, thanks doctor dan nurse atas layanan yang sangat baik. dan sebelum keluar ward, doctor sempat motivasikan aku dan cuba up kan semangat aku. " awak bertuah dari yang lain, sekurang-kurangnya awak pernah mengandung sampai 37 minggu, dan sekarang dia membesar dengan sempurna, insyallah. cuba renungkan dan fikirkan nasib isteri yang tak pernah mampu untuk berikan zuriat sendiri untuk suami, lagi kecewa kan, tapi mereka kuat kerana ALLAH. "

aku tak mampu nak membalas kata kata doctor, aku hanya melemparkan senyum dan ucapan terima kasih. dalam hati " aku akan kuat doc"

memang kali ini sungguh sukar tapi aku percaya, ini semua rahsia allah. my other half tak putus putus berikan aku semangat. dalam tempoh 2 minggu berpantang, aku kini positif demi sebuah kehidupan yang tertangguh. maafkan mummy zara....


5 comments:

  1. sabar dan redha . tangan anak - anak itu akan membawamu ke syurga ... insha Allah .

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak ija.. semoga terus tabahkan hati menempuhi dugaan ini. in shaa Allah akan ada rezeki lain buat kalian sekeluarga. sheila klik tabung nuff akak ya. jaga kesihatan baik-baik ya...

    ReplyDelete
  3. bersabar ye kak.. insyaAllah.. ada rezeki akan dtg nanti..

    ReplyDelete
  4. Be strong dear.. jgn sedih2 k.. positifkan diri insyaallah hati akan tenang..

    ReplyDelete
  5. akak kena kuat, insha Allah ada rezeki lain.. buat masa ini jangan fikirkan sangat..akak kena +ve ..semoga allah berikan akak kekuata untuk akak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya