1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, April 17, 2014

IBU


assalamualaikum..

setiap hari aku rindukan untuk bersama dengan ibu, tapi tuntutan kerja aku biarkan ibu di kampung dengan ayah. lewat ini entah mengapa rinduku makin kuat, makin deras, ya allah..lindungi insan yang aku sayang ini. aku tidak punya harta yang banyak untuk membalas segala keringat dan lelahmu mak, tapi hanya dengan kasih sayang dan doa yang mampu aku berikan untuk mak dan ayah. 

puisi kat bawah ni, aku petik dari buku puisi miliku karya khalil gibran

Ibu merupakan kata tersejuk yang dilantunkan oleh bibir - bibir manusia.
Dan "Ibuku" merupakan sebutan terindah.
Kata yang semerbak cinta dan impian, manis dan syahdu yang memancar dari
kedalaman jiwa.

Ibu adalah segalanya. Ibu adalah penegas kita dilaka lara, impian kta dalam
rengsa, rujukan kita di kala nista.
Ibu adalah mata air cinta, kemuliaan, kebahagiaan dan toleransi. Siapa pun
yang kehilangan ibinya, ia akan kehilangan sehelai jiwa suci yang senantiasa
merestui dan memberkatinya.

Alam semesta selalu berbincang dalam bahasa ibu. Matahari sebagai ibu bumi
yang menyusuinya melalui panasnya.
Matahari tak akan pernah meninggalkan bumi sampai malam merebahkannya
dalam lentera ombak, syahdu tembang beburungan dan sesungaian.

Bumi adalah ibu pepohonan dan bebungaan. Bumi menumbuhkan, menjaga dan
membesarkannya. Pepohonan
dan bebungaan adalah ibu yang tulus memelihara bebuahan dan bebijian.
Ibu adalah jiwa keabadian bagi semua wujud.
Penuh cinta dan kedamaian.

by khalil gibran

6 comments:

  1. Tersentuh akak baca puisi tu Ija...
    Akak pun rindu dengan mak dan abah akak di kg.. InsyaAllah sabtu ni akak nak balik kg..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak ija... syahdu baca. kita pun rindu mak ~~~

    ReplyDelete
  3. ibu hanya satu dan tiada galang gantinya...

    ReplyDelete
  4. sayu hati.. alhamdulillah mak aiza tinggal bersama aiza..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya