1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Saturday, April 26, 2014

TIDAK MEMBACA TETAPI DAPAT RAHMAT ALLAH

 
assalamualaikum..

salam hujung minggu untuk sahabat bloggers. moga hujung minggu ini mendamaikan hati kita semua. sebelum mulakan hari yang penuh indah dan dengan izin allah..aku nak berkongsi cerita yang hebat, mungkin korang pernah dengar cerita, takpa..tak rugi kan kalau kita asyik membaca, kerana satu bacaan itu adalah ilmu. 

moga hati aku sentiasa teguh untuk membaca walaupun sepotong ayat. membaca kisah ini, betapa kerdilnya aku ini ya allah. jom baca....

Suatu kisah yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.

Se0rang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan
di suatu malam yang kelam dan sunyi.

Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur dan terus menjulang ke langit.

Dia merasa ketakutan dan berdebar sambil terpegun dan kaku melihat kejadian itu.

Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur sese0rang yang sangat istimewa.

Samada ia se0rang waliyullah atau ulamak atau 0rang s0leh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.

Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Kees0kannya lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani 0rang kampung.

Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui 
kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah se0rang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak
atau 0rang s0leh yangterkenal?

Bila bertanya kepada 0rang kampung mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur se0rang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah p0nd0k buruk dihujung kampung bersama isterinya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah si mati dan bertemu dengan isteri si mati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat di perkuburan suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan.

Dia sangat mengenal suaminya.

Suaminya bukan siapa-siapa .

Suaminya serang petani kecil.

Bukan se0rang kiyai, bukan se0rang ahli ibadat, bukan 0rang s0leh, 
apa tah lagi se0rang imam, bukan muazzin, bukan guru Qur'an.

Malah suaminya tidak pandai membaca al-Qur'an dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca al-Qur'an.

Hal ini benar-benar menimbulkan kehairanan kepada lelaki tersebut 
dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang si mati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.

Akhirnya isteri si mati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan 
0leh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam.

Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al-qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia se0rang yang buta alqur’an.

Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya ,
se0lah-0lah sedang menyentuh dan membelai sesuatu
yang sangat dikasihi.

Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! 
ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah Mu. 
Janganlah engkau hukum aku di atas keb0d0hanku ini.” 

Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. 
Aku tidak mampu membaca kalimah mu.
Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu.
Tapi aku sangat mengasihi mu.
Aku sangat mencintaimu"

“Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku,
janganlah engkau menuduh aku di hadapanTuhan diakhirat nanti”. 

Cerita isteri simati lagi.

Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu 
ditemani alqur’an buah hati
kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur.

Lelaki itu meminta untuk melihat al-quran kesayangan suaminya itu.

Benar dan sangat mengharukan 
apabila ia melihat naskhah yang mulia itu kelihatan lusuh, 
helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali.

Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,
tanda sese0rang sering menangis berjurai airmatanya
tatkala membuka lembaran yang maha suci itu.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya.

Hatinya telah bersatu dengan r0h al-qur’an.

Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya.

Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya.

Marilah kita menghidupkan al-quran di dalam masjid kita,
di dalam rumah kita, di dalam diri kita, 
setiap masa dan luangkan masa setiap hari 
untuk membaca kalamuLLah yang Maha Suci..

SHARE kepada semua umat Islam

Qalam Suci..Qalammullah...

8 comments:

  1. Allahuakbar,,,bnyk ganjarannya kan..kita yg tahu membaca ni yg malu n alpa...sering terlupa..tq share...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikom Puan Ija,

    Pertama kali saya baca kisah ini. Ia memberi pengajaran kepada pembaca agar antara lain jangan menyesal apabila sudah tua masih tidak tahu membaca Al Quran. Namun kita perlu juga fikir sejenak bahawa sama sekali Allah swt tidak bersikap zalim terhadap hambanya. Jika seseorang ingin berjaya dalam sesuatu perkara mesti berusaha walaupun sehingga usia lanjut. Pepatah orang tua kita ada mengatakan bahawa usaha itu tangga kejayaan. Tidak boleh hanya berteleku di hadapan buku atau Al Quran sahaja tanpa usaha untuk mencari jalan untuk membacanya. Dari dahulu sehingga hari ini banyak sumber-sumber untuk mempelajari apa jua ilmu. Dari satu sudut yang lain kisah ini boleh menjuruskan kepada seseorang bersikap negatif ia itu akan mengharap suatu keajaiban berlaku pada dirinya tanpa mahu usaha.

    Just a thought.

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg baik.. smoga menjadi pengajaran buat kita semua.. jgn hanya tahu baca, tapi x baca2.. :)
    menabung sini.. :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak ija, Subhanallah. kagum baca kisah ni kak ija. Allahuakbar.. singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar..sangat sangat tersentuh.kerdilnya diri ini disisinya.even tahu membaca. Tapi sangat sangat jarang dilakukan

    ReplyDelete
  6. touchingnyer kak cerita ni.. serius sy tersentuh.. btul tu kak.. kadang2 kita ni bila baca, ada je tajwid salah kat mana2.. yg penting jgn sebab x tahu baca xnak mencuba...

    ReplyDelete
  7. sedih... kita yg tau baca alquran ni cubalah rajin2 baca kan?

    ReplyDelete
  8. Moga sentiasa membaca al quran.. jangan kita menyesal di kemudian hari huhuu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya