1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, May 19, 2014

"ALANG RENTAK SERIBU" karya dato' syed alwi PART 2


MEMILIH KARYA ALLAHYARHAM DATO' SYED ALWI SEBAGAI NASKAH PENILAIAN UNTUK PELAJAR DIPLOMA TEATER TAHUN I.

Mengangkat sebuah karya Seniman Negara Dato Syed Alwi sebagai satu naskah pembelajaran untuk pelajar diploma tahun bukan lah satu tugas yang ringan, namun ini juga adalah satu tanggungjawab besar yang perlu di pikul oleh pensyarah.

Pada mulanya, aku ada 2 pilihan naskah untuk kursus produksi teater moden. satu " umbut keladi tidak berisi" karya malina manja dan "alang rentak seribu" karya syed alwi. kedua dua naskah ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan ini membuatkan aku rambang mata.hahahha. setelah di fikir, ditenung sedalam dalamnya, aku memilih naskah syed alwi untuk kelas produksi teater moden. kenapa aku pilih syed alwi???

aku memilih naskah allahyarham dato' syed alwi adalah kerana, naskah ni sangat menepati ciri ciri untuk sebuah penilaian. selain daripada itu juga, naskah ini sarat dengan isu-isu budaya dan pemikiran yang masih relevan dengan zaman kini.

naskah ini juga pernah bersiaran di televisyen pada tahun 1979, turut dibintangi oleh pelakon hebat tanah air iaitu, Rahim Razali, faridah Merican, Rohani Yousuff, adibah amin dan ramai lagi.

Alang rentak seribu yang mengisahkan tentang seorang anak muda kampung yang memiliki banyak kebolehan dan sangat bijak dalam mengawal segala permasalahan yang berlaku. kisahnya bermula apabila segerombolan orang filem yang datangnya dari bandar untuk membuat pengambaraan filem yang mengisahkan kehidupan orang kampung pada waktu itu. ketika itu pelbagai kejadian yang berlaku antara orang bandar dengan orang kampung dan di sebabkan pertembungan nilai dan pendapat antara mereka.

Alang rentak seribu adalah drama episodik yang mengaitkan peristiwa secara kronologikal mengikut pengaliran linear dan pendekatan cause to effect. ia juga merupakan sebuah kejadian komedi yang peristiwanya digerakkan oleh aksi Alang sebagai watak utama. 

Naskah ini juga mengambarkan konfrontasi di antara nilai moden dan tradisional masyarakat melayu. ia menyentuh pelbagai aspek kehidupan sosial dan agama di dalam sebuah kampung. Naskah Alang rentak seribu adalah sebuah drama yang menarik kerana ia mendedahkan kekurangan melayu bandar dan kepintaran jaguh kampung seperti alang.

Begitu sarat dengan nilai kemelayuan dalam karya seniman negara Allahyarham Dato' Syed Alwi. 

bersambung.....

jom layan gambar gambar "alang rentak seribu"








catitan ini akan bersambung...


6 comments:

  1. Akak pernah tengok teater ni sekali jer Ija.. cerita Imam.. masa tu dilakonkan oleh Marlia Musa dan Syukri Hashim.. pastu tak da tengok teater..

    ReplyDelete
  2. tak pernah tgk teater secara life . hanya kat rtm 1 jer dulu ...

    ReplyDelete
  3. Bunda pun tak pernah tengok teater...ramai yang kata best.
    Feel dia tu lain dari menonton wayang gambar atau drama tv...

    ReplyDelete
  4. tengok wayang (itu pun 18tahun lepas masa mengandung anak pertama sebab mengidam nak tengok wayang, jangan gelak eee). Tengok teater tak pernah (rasanya pementasan sekolah tu boleh dikatakan teater ke?).
    Memang ada hati nak tengok teater tapi hanya dapat tegok kat TV aje.....

    ReplyDelete
  5. su bukan ahli teater atau kaki novel...tp suka bila dpt ilmu seni mcm ni.

    ReplyDelete
  6. Bukan mudah nak menghayati seni dan menterjemahkan melalui pementasan kan...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya