1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, May 23, 2014

LAGENDA CINTA KHADIJAH R.A


ketika dia keseorangan
engkau menjadi teman
ketika dia disisihkan
engkau setia di sisinya
ketika dia terbuang
engkau tetap menyanyanginya
ketika dia kebuntuan
engkau menjadi petunjuk jalan
wahai khadijah...
cintamu menjadi lagenda.

Itulah khadijah r.a. salah satu nikmat terbesar yang dikurniakan oleh allah swt kepada muhammad saw sebelum baginda menjadi rasul. walau dihimpunkan seluruh cinta wanita di dunia ini, belum tentu dapat mengatasi lagenda cinta khadijah r,a terhadap muhammad saw.

Pengorbanan khadijah r.a bukan sekadar satu bukti cinta kepada suaminya. malah satu manifestasi ketaqwaannya terhadap allah swt. segala pengorbanan ikhlas yang di lakukan untuk suaminya adalah semata mata mencari keredhaan allah.

Semoga sifat dan ketaatan khadijah menjadi idola untuk semua sang isteri. doaku padamu ya allah..jadikan kami isteri penyejuk dimata suami, jadikan kami isteri yang solehah, jadikan kami bidadari syurga untuk suami. amin..ya rabbil al lamin.



11 comments:

  1. walaupun Nabi SAW punyai beberapa isteri, tetapi dihatinya tetap Khadijah :')

    ReplyDelete
  2. kisah yang menarik..thanks for sharing...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. Allah Maha Besar...thanks share sis :))

    ReplyDelete
  4. Khadijah, pengorbanan mu tiada taranya
    Kesetiaaan mu tiada galang gantinya
    Cinta mu sepenuh bumi dan isinya
    Mampukah kami mencontohi mu Khadijah ?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya