1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, May 26, 2014

MARYAM PERAWAN SUCI




Akan ku tumbuhkan benih
tanpa air yang menyiram?
akan mekarkah bunga
tanpa cahaya suria?
maryam...engkau jadi pilhan allah
membuktikan kudratnya yang maha kuasa

Kesucian dan ketekunan dan juga kemulian diri maryam telah menjadi pilihan Allah swt untuk mengandungkan seorang bayi lelaki. berita ini telah disampaikan oleh jibril kepadanya. jika di ikutkan logik akal, ini sangat mustahil kerana, maryam tidak pernah disentuhi oleh mana mana lelaki. namun itu adalah kehendak allah swt. mendengar utusan ini dari allah, maryam bermunajat kepada allah swt.

ketika bayinya hampir lahir, allah swt telah memerintahkan maryam pergi ke suatu tempat bernama Baitulhem. di situlah maryam melahirkan seorang bayi lelaki tanpa sebarang kesulitan dan kesakitan. bayi tersebut diberikan nama Isa. 

pelbagai fitnah yang dilemparkan kepada maryam. maryam memelihara Isa dan menjaga segala urusan anaknya. maryam telah mendidik Isa membaca kitab para nabi sebelumnya dan membiasakan diri anaknya dengan bacaan suci al-quran sehingga tidak ada perkataan lain yang diucapnya.

sewaktu usia Isa 30 tahun, maryam telah membawa Isa ke JURUSALEM untuk beribadat disitu mengikut syariat Nabi Musa a.s. apa bila mereka mendaki puncak gunung Zaitun di Nazeret, telah terpancar satu pemandangan kepadanya bahawa dia adalah seorang nabi yang di utus oleh allah kepada kaun Bani Israel. lantas Isa memberitau Maryam tentang perihal urusan allah.

legalah hati maryam apabila mendengar kata kata isa a.s. dia redha dengan ketentuan allah swt terhadap Isa a.s dalam menegakkan kebenaran islam.

sedikit aku kongsikan tentang sejarah maryam, perawan suci yang bergelar ibu, dipilih oleh allah swt untuk melahirkan seorang nabi umat islam. firman allah

"dan ingatlah kisah maryam yang telah memelihara kehormatannya. lalu kami tiupkan kedalam tubuhnya ruh dari kami dan kami jadikan dia dan anaknya tanda kekuasaan allah yang besar bagi semesta alam." ( Q.S al anbyiaa:91)

sumber:bahan bacaanku dari buku "riwayat bidadari syurga"


1 comment:

  1. kun fayakun kan... takde yg mustahil kalau Allah dah kata jadi...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya