1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, May 27, 2014

TEMAN SETIA MUMMY



assalamualaikum 

nampak tak my princess tu. muncung mulutnya sebab risau lipstik tu hilang warnanya. hahaha..ini gayanya bila ada sorang tuan puteri. bila kita sibuk nak make up, masa tu juga lah dia sibuk nak tumpang sekaki, kalau tak layan..angin kus kus datanglah.

cer tengok matanya tu, tetap nak warna pink jugak. sebelum tu dah bergaduh dengan mummy. isunya sebab nak pakai baju pink. mummy pun apa lagi, buka lah tazkirahnya. 
" dah seminggu asyik pakai warna pink, so hari ni zara kena pakai warna biru pulak"
hahaha..mummy pun tak boleh blah langsung.

mulut muncung juge bila disarungkan dress biru tu.  sekali sekala kita perlu la tukar warna, biar cerah sikit mata mummy ni. lepas tu, kerja mummy la menconteng muka princess atas arahan dia lah. bila dah settle, taknak pulak amek gambar, malu la kunun. bila mummy paksa tu jadi muka tak siap tu. zara...zara...

 dia teman gaduh mummy, dia teman mummy masak, dia teman mummy minum kopi, dia teman setia yang selalu menadah telinga bila mummy berleter. alahai princess mummy. alhamdulilah allah atas anugerah ini. 

januari tahun depan zara akan melalui satu "deslexsia test". moga allah permudahkan semuanya. anak ini sungguh istimewa.

4 comments:

  1. walapun apa keletah zara , dialah permata hati ija ... buat perangai cuma kat mummy jer tu .

    ReplyDelete
  2. amboi cantiknya muncung dia... hehehe ...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya