1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Sunday, June 8, 2014

ANAK GADGET

assalamualaikum...

moga kalian semua berada dalam peliharaan Allah swt.
hari ni mummy nak sembang pasal gadget dan anak juga kesan sampingan pada mereka.

Lewat ini, zara makin rapat dengan gadget, telefon aku dah jadi barang mainan dia lah, kalau hari cuti, sepanjang masa phone aku akan berada dengan dia. itu aku tak berapa kisah sangat lah, yang aku kisahkan, pandai pulak dia tekan "playstore" then dowload princess games. actually aku tak pelik pun, sebab dia pun selalu tengok mummy ni download princess games depan dia.

zara tu baru 4 tahun, aku yang jadi takut kalau dia terlalu banyak explore dengan gadget. aku tak boleh duduk dia tanpa take action pun. carian aku yang pertama pun dalam google, see..hanya di hujung jari saje info, jadi pandai pandai kita lah menggunakan teknologi dengan sebaik mungkin.

Bila aku dah baca banyak artikel, compare, combine then aku boleh buat cara aku sendiri dengan mengaplikasikan kaedah yang aku baca. apa yang aku buat adalah :

SATU

aku belikan zara play dough. pelbagai warna. mulakan bersama dengan dia. jangan biarkan dia main sorang sorang tau.

DUA

aku create satu ruang untuk dia explore, contoh: letak meja study warna kegemaran dia, letak satu rak buku yang boleh menarik perhatian dia. biarkan dia sepahkan, jangan marah tau. sebab nanti kita boleh sama sama kemas dengan dia.

TIGA

buatkan senarai aktiviti dengan dia. seperti contoh, mewarna dengan menggunakan water colour. biarkan dia comot, kalau taknak comot, pakaikan apron untuk kids.

EMPAT

Buat origami. zara sangat suka. walaupun dia gunting senget. janji hasil tangan dia.

LIMA

selalu bacakan buku cerita.

ENAM

Ajak dia ke dapur, bagi dia untuk tolong mummy. jangan risaukan pasal terabur ke apa tau. sebab tu boleh kemas. cuma jangan bagi barang yang tajam. pantau anak masa kat dapur.

untuk permulaannya, itu saje kaedah yang aku gunakan. alhamdulilah..dia dah jarang gunakan gadget. permulaan yang baik untuk dia. 



aku cegah dari awal sebab kesan sampingannya adalah:

1. kurang menggerakkan jari.
2. bila jari kurang bergerak, maka otak juga lambat menerima.
3. tidak kreatif
4. tidak peduli sensitiviti sekeliling
dan banyak lagi.............




salah satu contoh dia pandai gunakan gadget. tengok gambar kat bawah, ini selfie zara. alahai anak...



4 comments:

  1. amboih.. comel n sweet senytum diaa

    ReplyDelete
  2. memang kena pantau penggunaan gadget pada anak²..wahh zara berselfie..kelas gitu

    ReplyDelete
  3. amboi..kemain dia berselfie yer

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya