1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, June 17, 2014

BEKERJA KERAS, TAPI??


Kisah dua orang sahabat baik, Jack dan Edi. mereka berdua sama sama berkerja di FMCG sebagai jurujual. Mereka berdua adalah antara pekerja yang paling banyak memberi komitmen dalam setiap tugasan.

Setelah dua tahun bekerja, Ketuanya Chandra memberi kenaikan pangkat kepada Edi sebagai Penyelia Jurujual, sedangkan Jack masih di posisi yang sama.

Pada satu hari, Jack berjumpa dengan ketuanya chandra untuk menghantar notis perletakkan jawatan, kerana Jack merasakan ketuanya chandra tidak adil dalam membuat keputusan. pendapat Jack, ketuanya tidak memberi perhatian pada orang yang bekerja keras tetapi hanya orang yang pandai mengampu ketua sahaja dapat menikmati kenaikan pangkat.

Ketuanya maklum bahawa Jack juga antara pekerja yang bagus dalam syarikatnya, tetapi ada perbezaan kerja keras Edi dan Jack. satu tugasan yang sama di berikan kepada mereka berdua. ketuanya meminta kedua dua mereka berjumpa dengan  pedagang di pasar untuk beruding tentang harga semangka.

Selesai menjalankan tugas, Jack kembali ke pejabat dan ketuanya bertanya, 
" kau dah jumpa ketuanya jack?" 
" sudah boss"
" berapa harganya" tanya ketuanya chandra.

Jack tidak menjawab soalan ketuanya, lantas pergi berjumpa sekali lagi dengan pedagang itu. 

ketuanya Chandra memberi perintah yang sama kepada edi. Edi ke pasar dan kembali untuk berjumpa dengan ketuanya chandra bagi melaporkan rundingan yang telah di jalankan.

" boss, di pasar hanya ada seorang saja pedagang semangka, harga semangka RM 150 perkg, kalau beli 100kg kita boleh dapat RM 80 perkg. mereka ada 324 biji stok. semangka tu baru sampai boss, warnanya masih hijau dan isinya merah jingga. kualitinya bagus boss" jelas edi.

Jack sangat terkesan dengan setiap penjelasan dari edi. Jack menarik kembali notis perletakan jawatannya dan bertekad untuk belajar lebih banyak dari edi.

MORAL OF THE STORY, bekerja lebih keras sahaja tidak cukup. seseorang yang hendak berjaya perlu meneliti lebih banyak dan juga berfikir lebih banyak dan akhirnya perlu mendalami sesuatu perkara dengan terperinci.

#semoga kita semua tergolong dalam orang yang teliti#

9 comments:

  1. kena belajar dari cerita nie...kadang-kadang kita cuma menyalahkan orang tanpa kita meneliti setiap perkara yang berlaku...thanks sharing ija...

    ReplyDelete
  2. salam. bagus pengajaran dari cerita ni..thanks share sis :))

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang bermanfaat Ija.. akak suka dari tauladan ni :)

    ReplyDelete
  4. work smart not work hard...terima kasih krn berkongsi

    ReplyDelete
  5. entri yang bole memberi tauladan buat kiat semua

    ReplyDelete
  6. Exactly JR..work smart not hard kan...

    ReplyDelete
  7. Bagus pengajaran daripada cerita nie.. nice sharing..=D

    ReplyDelete
  8. Satu perkongsian pengajaran yg baik utk peringatan & renungan semua.. Thanks sharing Ija.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya